28 February 2014

Car Assistance Program by Medical Card Great Eastern Takaful

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak share tentang satu lagi faedah MEDICAL CARD dari Great Eastern Takaful iaitu CAR ASSISTANCE PROGRAMME.

Source : Google Image

Di samping manfaat perlindungan diri dan medical card, anda turut layak memperoleh manfaat bantuan kecemasan sekiranya kereta anda rosak di tepi jalan. 

Kecemasan ini bermaksud sekiranya kereta anda breakdown atau pun sekiranya anda terlibat dengan kemalangan.

Di antara manfaat yang anda boleh dapat ialah:

1. 24 Hours Emergency Towing and Roadside Repairs
2. Car Replacement Assistance
3. Arrangement of Hotel Accommodation
4. Referral to Service Center

Kos maksimum yang diberikan kepada anda adalah sehingga RM300 tidak termasuk pembelian alat gantian. 

Sekiranya kereta anda rosak dan anda berada di dalam radius yang dilindungi, anda hanya perlu menghubungi nombor telefon yang dinyatakan di dalam sticker yang akan diberikan bersama-sama dengan policy anda. 


Sekiranya anda imgin mendapatkan penjelasan lanjut, anda boleh hubungi saya:

Mohammad Ali Admon @ Nik hazura N Hamat
019-3597600
mylife27681@yahoo.com

27 February 2014

Simpanan untuk tunaikan haji


Assalamualaikum semua.


Anda sudah mendaftar untuk menunaikan haji? Untuk makluman anda semua, sesiapa yang mendaftar pada hari ini, turn anda untuk menunaikan rukun Islam yang kelima tersebut adalah pada tahun 2065. 

Sekiranya anda berusia 25 tahun sekarang, maknanya anda dapat menunaikan haji pada usia 76 tahun. Hmmm. Sekiranya anda berusia 30 tahun pada hari ini, maka turn anda ialah ketika anda berusia 81 tahun. 

Ya Allah, sihatkanlah tubuh badan kami dan panjangkanlah usia kami Ya Allah.

Saya selalu berfikir, andai kata saya mempunyai wang yang mencukupi di kala saya masih muda dan sihat, pasti saya akan pergi untuk tunaikan kewajipan tersebut. Tetapi mampukah saya untuk menunggu sebegitu lama?

26 February 2014

Medical Card - I-Medik Rider

Assalamualaikum,

Hari ini saya hendak berkongsi maklumat tentang medical card Great Eastern Takaful. Medical card atau kad perubatan ini disertakan di bawah pelan i-Medik Rider iaitu rider yang boleh diattach dengan pelan asas. 

I-Medik Rider ialah rider perubatan dan kesihatan komprehensif yang melindungi kesihatan anda dengan perlindungan yang meluas bagi manfaat kemasukan ke hospital, pembedahan, rawatan pesakit luar dan banyak lagi. 

Jika anda sudah mengambil perlindungan takaful dengan mana-mana pengendali takaful, adakah anda tahu coverage dan juga limit untuk medical card anda? Adakah anda benar-benar faham dengan apa yang boleh medical card anda lakukan untuk anda?


Melindungi anda bagi perbelanjaan perubatan yang mahal

Anda boleh menikmati had tahunan dan seumur hidup yang tinggi, ia bergantung kepada pelan yang anda pilih, tuntutan perubatan boleh dibayar balik  dalam satu jumlah sekaligus sehingga had tahunan sebanyak RM200,000 dan had seumur hidup sebanyak RM2 juta.

Jika anda pernah melawat ke hospital kerajaan, mungkin anda perasan terlalu ramai pesakit di dalamnya. Kadang-kadang urusan untuk melakukan pembedahan memerlukan kos yang tinggi dan terpaksa mengikut giliran yang boleh berlarutan sehingga setahun lamanya.

Dengan medical card, semua urusan ini dipendekkan kerana ia adalah jaminan pembayaran kepada semua kos-kos pembedahan dan rawatan di hospital.

25 February 2014

Coretan Pengalaman

Assalamualaikum,


Kenapa kita  kalau di ajak masuk takaful..akan mencebik kan muka..akan lari kalau di dekati..akan bagi seribu macam alasan untuk tak nak masuk..

Bangsa lain..walau kaya mana sekalipun..mereka tetap akan suruh insuran bayarkan bil hospital mereka..betul tak..?? mereka, mempunyai insuran hospital or perlindungan diri yang banyak dari berbagai syarikat insuran..boleh pilih yang mana satu nak pakai kalau mereka di wadkan..

kita mungkin..mempunyai banyak kad kredit sampai tak tau nak pilih yang mana satu untuk nak kumpul hutang bertimbun...

24 February 2014

Great Eastern Takaful Panel Hospital

Assalamualaikum,

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda yang ingin mengetahui senarai penuh Panel Hospital untuk Great Eastern Takaful. 
Latest updated pada 25 Jun 2013.


KEDAH & PULAU PINANG



PERAK & SELANGOR



WILAYAH PERSEKUTUAN, NEGERI SEMBILAN & MELAKA 

23 February 2014

I-Great Iqra (Perubatan dan Pendidikan Anak Anda)

Merancang hari ini untuk Esok


Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk memastikan kehidupan anak kita terjamin di masa akan datang, dan cara sebaiknya adalah dengan menyediakan ilmu pengetahuan yang sewajarnya. 

Asas yang stabil dan kukuh amat diperlukan oleh anak-anak kita untuk mengorak langkah melalui perjalanan hidup ini.


Kepentingan pendidikan juga telah ditekankan oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., Rasullullah S.A.W telah bersabda : “Menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib ke atas setiap orang Islam.”


Sentiasa bersikap berhati-hati dan bersedia untuk masa hadapan mulai sekarang. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk menyediakan pelantar untuk anak-anak ke arah kerjaya yang disegani. 

Realisasikan impian mereka dengan I-Great Iqra’. Berjimat dari sekarang dan saksikan dana pendidikan anak anda berkembang dengan peruntukan pelaburan yang meningkat dan pada masa yang sama dapatkan perlindungan dari perkara yang tidak diduga.

21 February 2014

Claim for Critical Illness in Jan-Sept 2013

 Assalamualaikum,

Tahukah anda yang Great Eastern telah membayar jumah tuntutan yang besar untuk Januari - September 2013 sebanyak RM504.9 juta? dan tuntutan untuk penyakit kritikal atau critical illness sahaja adalah sebanyak 22.6 peratus daripada jumlah keseluruhan tuntutan. 



Cuba anda perhatikan untuk diagnosis penyakit kritikal di atas, penyakit kanser berada dalam kedudukan yang paling atas berbanding penyakit kritikal lain mengatasi heart attack dan juga serious coronary artery disease.

20 February 2014

Portal untuk Usahawan

Assalamualaikum,


Saya terbaca berita pada hari ini di sinar harian. Tajuk berita tersebut ialah 
PUNB bangunkan portal untuk usahawan’. Wah, berita ini mungkin Nampak biasa kepada orang yang bukannya usahawan dan mungkin dipandang enteng oleh mereka. 

Tapi saya percaya, bagi usahawan2 pelbagai produk diluar sana akan mencari peluang dengan adanya portal usahawan ini. 


Portal ini dikatakan dapat meluaskan rangkaian perniagaan mereka. Ia juga dapat memudahkan usahawan kecil, sederhana mempromosikan produk mereka sekaligus memberi impak dalam ekonomi mereka dan juga Negara. 

Dengan adanya portal ini juga, pihak PUNB mudah untuk memberi info dan menganjurkan pelbagai program serta seminar yang boleh dihadiri oleh bakal-bakal usahawan dan juga usahawan sedia ada.  

Jika kita ingin tahu lebih lanjut, layarilah laman web PUNB  http://www.punb.com.my yang menyediakan segala info tentang usahawan.

Saya ini bukan boleh dikategorikan sebagai seorang usahawan kerana banyak lagi perjalanan yang saya perlu tempuhi untuk maju di bidang yang diceburi. 

Akan tetapi mungkin dengan segala usaha dan doa yang tidak putus-putus kepada Nya, Insya Allah suatu hari nanti saya akan menjadi seorang usahawan yang Berjaya di dunia dan Akhirat. 

Ingat ye, segala apa yang kita perolehi, semuanya datang dari Allah dengan keizinan Nya.


Wallahu a'lam

Mohammad Ali Admon @ Nik Hazura N Hamat
Perunding Takaful Great Eastern.
0193597600

19 February 2014

Ikhlaskanlah Hati Kami ini Ya Allah

Assalamualaikum semua.





Saya pasti anda semua di luar sana mesti tertanya-tanya bagaimana saya mula-mula melibatkan diri di dalam bidang TAKAFUL ini. Ianya bermula semasa saya sedang mencari-cari pelan perlindungan dan medical card terbaik untuk anak saya.

Saya mengambil masa yang sangat lama untuk membuat keputusan memilih pelan yang terbaik untuk si comel kami. 

Secara kebetulan, rakan-rakan saya di Success Power Group ini telah membuka satu booth di tempat kerja saya untuk mempromosikan pelan perlindungan daripada Great Eastern Takaful. 

Lalu saya mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut. Rakan saya telah bertanya apa objektif saya maka dia telah menyediakan suatu quotation untuk anak saya.

Dalam masa yang sama, isteri saya turut mendapatkan suatu quotation daripada seorang rakan sekerjanya dari satu pengendali takaful yang agak popular di negara ini. 

Maka bermulalah pengembaraan saya dalam mencari pakej yang terbaik untuk anak saya. Saya mencari info di internet dan saya mendapatkan jawapan-jawapan yang diperlukan dari mereka yang berpengalaman dalam bidang ini. 

Setelah saya berpuas hati, akhirnya saya pun memilih untuk mengambil pelan perlindungan dari Great Eastern Takaful. Dari situlah Allah telah gerakkan hati saya untuk melibatkan diri di dalam bidang ini. 

Melalui pembacaan dan pencarian saya tempoh hari, saya dapati masih ramai yang tidak mempunyai pelan perlindungan takaful. 

Bank Negara Malaysia sendiri amat menggalakkan pengambilan takaful ini kerana kita sering kali disajikan dengan berita mereka yang tidak mampu untuk menanggung kos rawatan perubatan dan kehidupan yang berubah selepas kematian orang tersayang akibat terpaksa hilang punca pendapatan di dalam media massa. 

Bank Negara amat menggalakkan para perunding takaful yang ada untuk mendidik dan menyampaikan kepentingan takaful kepada rakyat Malaysia. Oleh itu, saya mahu menyahut cabaran itu.

Lagi satu, saya mahu menekankan kepentingan mengambil TAKAFUL berbanding insurans konvensional kepada umat Islam. 

Sebab saya tahu ramai di antara kita telah membeli pelan perlindungan insurans konvensional tanpa sedar. Sedangkan kita tahu bahawa kita wajib mencari sesuatu yang dihalalkan dan menjauhi yang haram. 

Lagi sekali saya ingin tekankan bahawa TAKAFUL menerapkan konsep saling tolong menolong dan bekerjasama untuk membantu mereka yang berada di dalam kesusahan kerana duit caruman anda akan dimasukkan ke dalam Tabarru' Fund untuk tujuan tersebut. 

Sebaliknya jika anda mengambil pelan perlindungan dari insurans konvensional, anda membayar duit kepada syarikat pengendali insurans dan syarikat tersebut bertanggungjawab membayar wang pampasan kepada mereka sekiranya berlaku salah satu sebab yang telah diinsuranskan.

Saya sentiasa mengharapkan semoga saya dan isteri dapat menyampaikan ilmu tentang takaful dan membantu anda semua memahami kepentingan takaful serta membantu anda semua di luar sana merancang kehidupan anda dengan sebaik mungkin. 

Ya Allah, ikhlaskanlah hati kami Ya Allah untuk membantu orang ramai dengan ilmu yang Engkau berikan kepada kami.




Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan pelan perlindungan takaful yang menepati gaya hidup anda. 

Mohammad Ali Admon @ Nik Hazura N Hamat
019-3597600
mylife27681@yahoo.com

18 February 2014

Pilihlah Pelan Perlindungan yang Terbaik

Assalamualaikum semua.

Pelan perlindungan takaful dibeli untuk melindungi diri kita dan keluarga supaya kita tidak berada di dalam kesempitan wang sekiranya berlaku kejadian yang tidak diduga seperti hilang nyawa, hilang upaya atau ditimpa penyakit berbahaya. 

Seharusnya sebelum anda membeli pelan perlindungan ini, anda perlu mendapatkan maklumat sebanyak mungkin mengenai produk yang terdapat di pasaran sebelum anda membuat keputusan.

Anda juga perlu tahu matlamat utama anda mendapatkan pelan perlindungan tersebut.Anda perlu memastikan pelan perlindungan yang diambil menepati keperluan gaya hidup anda.


Kebiasaanya saya akan bertanya kepada bakal pelanggan saya apa matlamat mereka membeli pelan perlindungan takaful supaya saya boleh memahami dan mencadangkan pelan yang terbaik untuk mereka di samping kadar premium yang mampu mereka bayar.

Ini adalah penting untuk anda sebagai pelanggan kerana ini adalah untuk perlindungan anda bukan untuk diri saya. Komisyen saya tidak penting tetapi manfaat yang bakal anda peroleh kelak, itulah yang perlu saya fikirkan.

Stand Alone Medical Card

Assalamualaikum semua.

Baru-baru ini saya ada menerima email daripada seorang rakan yang bertanyakan tentang stand alone medical card. Untuk pengetahuan anda, Great Eastern Life Insurance ada menawarkan stand alone medical card ini.

Google Image

Tapi di sini saya ingin menekankan tentang beza stand alone medical card dan investment linked medical card. Memang tidak dinafikan, stand alone medical card ini lebih murah berbanding investment linked medical card.

Tetapi setiap 5 tahun, anda perlu membayar premium yang lebih tinggi mengikut usia anda sesuai dengan risiko diri anda yang meningkat. Semakin lama semakin banyak yang perlu anda bayar.

Malah tiada cash value yang anda dapat walaupun anda telah mengambil policy ini melebihi 10 tahun seperti anda mengambil insurance kereta.

17 February 2014

Takaful untuk Perlindungan Keluarga : Suami Isteri

Assalamualaikum semua.

Entry kali ini saya sambung entry Takaful untuk Perlindungan Keluarga : Breadwinner. Kalau dalam entry sebelum ini saya bercerita tentang ketua keluarga, hari ini saya ingin bercerita tentang perlindungan untuk suami isteri pula.

Seperti yang kita tahu, pada hari ini ramai para isteri yang bekerja untuk membantu si suami dalam meringankan bebanan hidup.

Mungkin duit si suami digunakan untuk membayar ansuran rumah, kereta, bil-bil dan perbelanjaan harian, manakala duit gaji si isteri digunakan untuk membayar persekolahan anak-anak, top up apa-apa yang tidak cukup, dan perbelanjaan untuk keselesaan keluarga.

Rider - Perlindungan Tambahan?

Apa itu Rider?

Rider adalah perlindungan tambahan yang boleh diambil untuk melengkapkan perlindungan asas.

Perlindungan tambahan ini boleh diambil mengikut kesesuaian dan keperluan kepada orang yang dilindungi.

Berikut adalah rider-rider yang popular dan kerap diambil oleh orang yang dilindungi :

16 February 2014

Dana-dana Pelaburan

Great Eastern Takaful mempunyai dana pelaburan yang lengkap untuk melakukan pelaburan berlandaskan syariah. Kesemua dana ini dipantau oleh jawatankuasa syariah yang telah dilantik. 

Terdapat 3 jenis dana pelaburan yang terdapat di Great Eastern Takaful iaitu :




Di bawah menunjukkan prestasi dana pelaburan berakhir 31 Disember 2013.

15 February 2014

Derita Kanser kerana Stress

sumber Mingguan Wanita

Kesian, saya baca artikel di atas, sudahlah beliau stress dengan macam2 dugaan hidup, tetiba disebabkan stress itulah, beliau menderita kanser.
Marilah kita mengetahui serba sedikit mengapa stress boleh mengakibatkan kanser:

Stres dan anxiety adalah salah satu penyebab kanser. Stres adalah tekanan emosi apabila kita di dalam keadaan tertekan dari segi emosi, mental atau fizikal. Dalam hidup, kita tidak boleh lari daripada stres. 

Kita dikelilingi pelbagai jenis stres seperti kerja, keluarga, persekitaran, kesesakan jalan-raya, anak-anak akan mengambil peperiksaan, suami curang dan sebagainya.

The Latest Cancer Statistics in Malaysia


Hampir 70,000 kes baru dilaporkan lebih dua tahun; dan kanser payudara kekal sebagai ancaman terbesar di Malaysia.

Hampir 70,000 kes kanser baru didiagnosis di kalangan rakyat di Semenanjung Malaysia antara tahun 2003 dan 2005 , menurut laporan yang dikeluarkan pada awal tahun 2008 mengenai kejadian penyakit ini di Malaysia Barat.

Laporan kejadian kanser di Semenanjung Malaysia 2003-2005 , yang diterbitkan oleh Pejabat Pendaftaran Kanser Kebangsaan (NCR ), menyatakan bahawa jumlah 67.792 kes baru didiagnosis di kalangan 29,596 lelaki ( 43.7 peratus) dan 38.196 perempuan ( 56.3 peratus). 

Kadar mentah tahunan bagi lelaki adalah 100.2 peratus bagi setiap 100,000 penduduk, dan 132.1 peratus bagi setiap 100,000 bagi perempuan.

14 February 2014

Malang Tidak Berbau

Bayangkanlan yang wanita ini pada mulanya sihat, entah di mana silapnya..semasa memanjat pokok rambutan yang ranum buahnya, beliau tergelincir ke bawah dengan keadaan kepala tersembam ke bumi. Setelah diperiksa oleh doktor beliau telah mengalami keretakkan tulang dibahagian leher dan terpaksa memakai penyangga besi untuk meneruskan hidupnya..

Malang tak berbau.....ini adalah peringatan untuk kita semua. Musibah yang melanda dalam kehidupan kita adalah tidak dijangka. Semua ini adalah Qada dan Qadar yang perlu kita terima dengan redha. 

Akan tetapi, adalah tidak salah untuk kita membuat perancangan yang betul bagi menjamin bantuan kewangan di masa hadapan jika kes-kes sebegini terjadi kepada diri kita sendiri,
Janganlah kita bertangguh lagi dan kita perlu bertindak segera untuk mendapatkan perlindungan demi kita dan orang yang tersayang....renung2kanlah.


sumber: Mingguan Wanita




Hubungi:
Perunding Takaful Anda
Mohammad Ali Admon
0193597600 atau mylife27681@yahoo.com

Apa itu Pelan 36 Penyakit Kritikal (CIBR)


Penyakit kritikal – Pelan ini memberi manfaat sekali pembayaran sekiranya anda didiagnosis menghidap salah satu daripada penyakit-penyakit kritikal yang dinyatakan di atas

Pengendali takaful boleh menawarkan pelan-pelan takaful tersebut secara individu atau gabungan. Anda perlu berhati-hati apabila memilih pelan yang memenuhi kehendak anda dengan memahami ciri-ciri, syarat-syarat, manfaat-manfaat, had-had, dan pengecualian sesuatu pelan takaful.

12 February 2014

Takaful untuk Perlindungan Keluarga: Breadwinner

Salam,


Entah macam mana, hari ini tiba-tiba saya teringat akan satu kisah tentang guru saya beberapa tahun yang lalu. Saya pasti kisah sebegini pernah berlaku kepada seseorang yang anda kenal tak kira rapat atau pun tidak. Guru saya ini pernah mengajar saya. Dia mempunyai  beberapa orang anak. Agak ramai jugalah untuk dikatakan. Isterinya adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Sepanjang tempoh pembelajaran dengan guru saya ini, saya tengok dia sihat dan tidak pula menunjukkan tanda-tanda yang dia tidak sihat. Dia dan keluarganya tinggal di kuarters guru yang disediakan berhampiran sekolah. Lupa pula saya, dia asal dari negeri mana.

Selepas saya meninggalkan sekolah tersebut, saya dikejutkan dengan berita kematian mengejut guru saya ini. Nampak sihat, tetapi tiba-tiba meninggal dunia akibat serangan jantung. Allah dah janjikan, bila ajal kita telah tiba, memang tidak boleh ditahan-tahan lagi. Nak lambat seminit pun tak boleh.

Berita yang saya terima, selepas kematian mengejut arwah guru saya itu, kehidupan keluarganya bertukar sepenuhnya.

I-Great Amal - Pelan Takaful Haji dan Umrah

Salam,

Hari ini ada berita tentang Great Eastern Takaful menyerahkan sijil badal haji kepada waris keluarga pemilik plan I-Great Amal di harian metro.

06 February 2014

kisah benar tentang medical card

Assalamualaikum semua.

Hari ni saya nak bercerita tentang kisah benar yang diceritakan kepada saya. Entah macam mana, bila seorang pakcik yang berusia 55 tahun berkongsi dengan saya kisahnya apabila mengetahui bahawa saya adalah seorang takaful consultant. Dia memang menyuruh saya untuk menyampaikan kisah ini kepada orang lain dan mengambil iktibar darinya. Saya namakan pakcik ni sebagai Pakcik A.

Pakcik A pernah mengambil medical card untuk dirinya beberapa tahun yang lalu. Rasa-rasanya memang dah lama jugak la. Isteri Pakcik A juga ada mengambil medical card dan isterinya juga turut mengambil medical card untuk anaknya yang masih bersekolah. Pakcik A merupakan seorang pekerja swasta manakala isterinya adalah kakitangan kerajaan. Setelah sekian lama mencarum bulan-bulan, Pakcik A merasakan carumannya itu tidak membawa apa-apa faedah kepadanya lantas mengambil keputusan untuk menamatkan pelan medical card tersebut. Memandangkan juga, company tempat Pakcik A bekerja turut menyediakan faedah kesihatan yang komprehensif. Tetapi isteri Pakcik A terus mencarum untuk mendapatkan faedah daripada medical card tersebut. Ye la kita tak tahu apa yang bakal terjadi kan.

Adakah Kita Yakin?


  • Adakah kita yakin diri kita akan sihat sentiasa? Walaupun hari-hari kita bersenam dan mengamalkan diet yang sihat?
  • Adakah diri kita yakin diri kita tidak akan ditimpa kemalangan? Walau pun dirumah? Walaupun sedang tidur?
  • Adakah kita yakin syarikat kita akan terus menanggung kita walaupun kita sudah tidak mampu memberi sumbangan dan pulangan yang lumayan untuk syarikat?
  • Adakah kita pasti investment kita cukup dan selamat dengan ekonomi sekarang bagi menanggung kos rawatan kita?
  • Adalah simpanan anda cukup untuk menanggung kos perubatan anda? Bagaimana perbelanjaan harian untuk seisi keluarga?
  • Anda yakin jika anda mati nanti, nyawa anda ditarik oleh Malaikatul Maut begitu sahaja tanpa perlu dirawat dihospital, atau dirumah oleh keluarga?
  • Adakah anda berpuas hati terhadap servis hospital kerajaan? Sanggup tunggu que atau memang kaki potong que?

Jadi apakah jawapan anda? Jika TIDAK, ini bermakna anda percaya pada Qada dan Qadar dan anda memang memerlukan takaful insuran! Sebab apa saya kata begitu sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku dimasa hadapan.Tiada seorang pun yang boleh menentukan apa yang berlaku dimasa hadapan. Kita cuma boleh berusaha merancang sahaja dan tawakkal kepadaNya.

Kemusykilan?
contact saya Ali  di 0193597600

05 February 2014

I-GREAT DAMAI (PERLINDUNGAN+PELABURAN)

Assalamualaikum...


Nak recap konsep takaful :

KONSEP TAKAFUL-Takaful merupakan konsep saling bantu membantu berdasarkan prinsip perpaduan, kerjasama dan tanggungjawab. Peserta membuat caruman berdasarkan Tabarru’ (sumbangan) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain semasa kesusahan.


Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang salah satu pelan takaful yang amat popular dimasa ini. Di antara pelan-pelan yang terdapat dalam Great Eastern Takaful ini adalah

  • I-Great Damai
  • I-Great Abadi
  • I-Great Amal
  • I-Great Iqra'
  • I-Great Idaman
  • I-Great Teras
  • I-Medik Rider
  • I-Early Payout Critical Care Rider


Oklah, pelan I-Great Damai menawarkan kombinasi perlindungan Takaful dan pelaburan, yang melindungi keluarga anda daripada masalah kewangan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Total dan Kekal (TPD). Dengan serendah RM100 sebulan, anda boleh menikmati perlindungan dan pada masa yang sama peruntukan pelaburan anda akan meningkat seiring dengan masa. 

04 February 2014

Best Takaful Operator Asia 2013



Great Eastern Takaful telah mencapai usianya yang ke 3 tahun baru-baru ini. Pada usia semuda itu, saya berasa bangga kerana ia telah mencapai pelbagai anugerah yang bertaraf antarabangsa.. contohnya ia telah dinobatkan sebagai BEST TAKAFUL OPERATOR (ASIA) 2013 by Islamic Business and Finance Committe.Alhamdulillah..saya bersyukur kerana dengan anugerah ini membuktikan yang kami telah membuat satu langkah yang betul untuk menyedarkan sahabat-sahabat di luar sana betapa pentingnya mencari takaful untuk perlindungan diri mereka.


Info ini membuktikan jenama Great Eastern Takaful sememangnya produk yang dipercayai ramai. Saya yakin dengan pelan-pelan terbaik yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful prestasi ini boleh dikekalkan, InsyaAllah.