20 February 2014

Portal untuk Usahawan

Assalamualaikum,


Saya terbaca berita pada hari ini di sinar harian. Tajuk berita tersebut ialah 
PUNB bangunkan portal untuk usahawan’. Wah, berita ini mungkin Nampak biasa kepada orang yang bukannya usahawan dan mungkin dipandang enteng oleh mereka. 

Tapi saya percaya, bagi usahawan2 pelbagai produk diluar sana akan mencari peluang dengan adanya portal usahawan ini. 


Portal ini dikatakan dapat meluaskan rangkaian perniagaan mereka. Ia juga dapat memudahkan usahawan kecil, sederhana mempromosikan produk mereka sekaligus memberi impak dalam ekonomi mereka dan juga Negara. 

Dengan adanya portal ini juga, pihak PUNB mudah untuk memberi info dan menganjurkan pelbagai program serta seminar yang boleh dihadiri oleh bakal-bakal usahawan dan juga usahawan sedia ada.  

Jika kita ingin tahu lebih lanjut, layarilah laman web PUNB  http://www.punb.com.my yang menyediakan segala info tentang usahawan.

Saya ini bukan boleh dikategorikan sebagai seorang usahawan kerana banyak lagi perjalanan yang saya perlu tempuhi untuk maju di bidang yang diceburi. 

Akan tetapi mungkin dengan segala usaha dan doa yang tidak putus-putus kepada Nya, Insya Allah suatu hari nanti saya akan menjadi seorang usahawan yang Berjaya di dunia dan Akhirat. 

Ingat ye, segala apa yang kita perolehi, semuanya datang dari Allah dengan keizinan Nya.


Wallahu a'lam

Mohammad Ali Admon @ Nik Hazura N Hamat
Perunding Takaful Great Eastern.
0193597600

No comments:

Post a Comment