17 January 2014

Income Replacement

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak cerita pasal topik yang serius sikit. Topik yang perlu difikirkan oleh mereka yang bergelar ketua keluarga atau suami dan isteri. 

Tiada sesiapa yang meminta perkara-perkara buruk berlaku kepada diri kita atau pun keluarga kita. Tiada orang pun yang suka untuk memikirkan perkara di luar jangkaan ini menimpa kita dan keluarga kita kan. Qada' dan qadar Allah yang pegangkan. Kita sebagai hamba-Nya memang tak dapat menjangka apa yang bakal berlaku. Kita hanya boleh berusaha dan bertawakal kepada-Nya.

Kajian menunjukkan purata jangka hayat orang lelaki di Malaysia adalah sekitar 73 tahun manakala wanita 76 tahun. Kenapa ye orang perempuan ni mempunyai jangka hayat yang lebih panjang? Hehehe. Mungkin anda ada jawapannya.

16 January 2014

Certified Islamic Financial Planner

Assalamualaikum semua.

Wah dah lama tak update blog ni kan. Biasalah busy je dengan kehidupan seharian dan kerja. Para pembaca semua macam mana pula? Diharapkan anda semua dapat menjalankan kerja seharian dengan lancar ye.

Anda pernah dengar tentang CFP atau Certified Financial Planner tak? CFP ini sebenarnya adalah professional certificate yg diberikan kepada individu yg lulus dalam peperiksaan yang diselia oleh Certified Financial Planner Board of Standards. Apabila seseorang individu tersebut berjaya mendapat certificate tersebut, maka dia telah bergelar perancang kewangan yang bertauliah.

Di Malaysia, terdapat dua certificate yg ditawarkan iaitu Registered Financial Planner (RFP) yang diberikan oleh The Malaysian Insurance Institute dan Islamic Financial Planner (IFP) yg diselia oleh Islamic Banking & Finance Institute Malaysia. Kedua-duanya adalah professional certificate yg diiktiraf oleh Bank Negara. Individu yg memiliki sijil ini merupakan perancang kewangan yg bertauliah di Malaysia. Sehingga hari ini, terdapat hanya 136 individu yang telah graduate sebagai Islamic Financial Planner. Dan separuh daripada jumlah itu terdiri daripada mereka yg bukan Islam.