10 May 2011

Gula oh Gula

Sekarang ni macam-macam kita dengar tentang harga barang-barang keperluan naik. Tadi aku baru jer terbaca tentang kenaikan harga gula di Malaysia. Dengan kenaikan ini, aku rasa kos kehidupan di bandar ini akan bertambah disebabkan para peniaga akan mengambil kesempatan menaikan harga barang2 jualan mereka. Ini sebahagian entry yang aku baca di utusan malaysia dan berita harian.

Harga gula naik 20 sen sekilogram hari ini

PUTRAJAYA 9 Mei - Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram selaras dengan langkah merasionalisasi harga runcit gula yang akan berkuat kuasa esok.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Zin Mohd. Dom berkata, kenaikan harga dari RM2.10 kepada RM2.30 itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Ekonomi hari ini.
Beliau berkata, dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta setahun iaitu kadar subsidi 20 sen sekilogram. (More... at http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0510&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm


Kerajaan umum harga gula naik 20 sen hari ini
PUTRAJAYA: Harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai hari ini, bagi merasionalisasikan harga runcit bahan berkenaan selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi, semalam. [+]http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kerajaanumumhargagulanaik20senhariini/Article


Sebenarnya dengan kenaikan gula ini, ada pro and kontranya. Terpulang lah pada individu untuk memikirkan kesannya pada kehidupan kita, Pada aku, ada baiknya dengan kenaikan ini kerana dengan harga yang semakin mahal kita akan kurang menggunakan gula dalam kehidupan seharian. Dengan itu, mungkin kadar penyakit kencing manis yang banyak berlaku dalam masyarakat kita akan berkurang.. :p

08 May 2011

Aktiviti hujung minggu

Hujung minggu adalah hari2 yang amat aku nantikan.. ini kerana aku dapat bertemu dengan isteri tercinta. akan tetapi untuk minggu ini, aku terasa kekosongan sedikit kerana isteri tercinta tidak dapat pulang ke rumah kerana ada kerja yang perlu dilakukan di sana. Bangun je pagi sabtu..aku dah mula tertanya2 apa yang akan aku buat sepanjang hari sabtu dan ahad ni.. x apa, seperti biasa di pagi hari aku on pc dan melayari internet sekejap.. biasalah manusia, sekejap tu adalah dalam 2 hingga 3 jam jugak la.. hahaha..Ingatkan nak la buat sarapan..last2 terlajak ke tengah hari. So, aku plan la nak masak untuk tengah hari. Tapi, aku dah bosan dengan nasi..maklumlah orang tgh bujang nih, buat yang mana senang dulu. 



Last2 aku plan nak masak spageti bolognes.. ini adalah percubaan aku yang kedua untuk memasak spageti nih.. (gambar adalah percubaan yang pertama). Ramuan dan bahan2 semua dah ada, cuma cara aku memasak mungkin berlainan sedikit dengan isteriku. tapi, x pe la..oleh kerana perut dah mula menjerit2..aku mulakanlah memasak. Alhamdulillah..setelah hampir 45 minit di dapur.. masakan aku pun siap..aku pun x sangka rasa masakan aku ala2 masakan isteriku..mungkin aku terpengaruh dengan cara masakan dia. So, dengan senang hati..aku lunch dengan spageti bolognes bertemankan astro citra.. siapa lagi la nak temankan ye. Oleh kerana sos spageti tu aku terbuat banyak, aku simpan utk makan petang pulak.. memang lapar beb time petang2 nih. Lepas kenyang, aku pun ingat nak membasuh pinggan yang x terbasuh2 tu..Last2 aku pun basuh la baju sekali..fuhh..penat beb.. Cuba la kita bayangkan kalau isteri kita memasak, membasuh, seorang diri..tentu penat beb. So..kalau kita ada kelapangan, ringan2kan tangan untuk membantu mereka di dapur. sekurang2nya kita meringankan beban mereka dan makanan akan cepat disediakan. hehehe.

Petang sabtu aku amat membosankan.. untuk keluar berwindows shopping pun x larat. Dah la sekarang ni kat luar cuaca sangat panas. Walaupun boring, aku tetap melayan mataku untuk melihat cerita lama lakonan AR Badul, Yahya sulong dan Ibahim Pendek iaitu DA DI DU. Memang cerita2 ni aku suka tonton, cerita2 retro la katakan. Bagi aku cerita2 ini adalah nostalgia aku sewaktu zaman kanak2 dulu. Kemudian, kawan2ku ada sms aku untuk makan bersama mereka pada waktu malam. Aku sangat teruja kerana mereka ingin makan steambot beramai2.


Steamboat Antarabangsa..Lokasinya di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi..berdekatan bank RHB Islamic dan Bank Muamalat. Kira2 pukul 8.15pm semua kawan2 sampai ke situ.So, far malam itu kami seramai 9 orang menjamu selera di sana. Makanannya boleh la tahan..sedap jugak.Yang penting kami boleh barbeque sambil makan steambot bersama2.. Banyak topik yang dibincangkan kerana kami sudah jarang2 bertemu. Setelah puas menjamu selera, akhirnya kami pulang dalam sekitar pukul 11 malam.


Pagi Ahad, bangun dari tidur aku terus menunaikan kewajipanku kepada Tuhan. Lepas itu seperti biasa aku melayari internet. 
Baru aku teringat yang pagi ahad ini aku ingin bermain tennis dengan kawanku. Selepas itu kami menjamu selera di Restoran Amir di Seksyen 8 pada pukul 9.30 pagi. Makanan favourite aku semasa di restoran ini adalah nasi lemak telur beserta sambal. Memang best dan mantap.


Dalam pukul 10.30 pagi..aku dan rakan pergi melihat seorang rakanku memasuki pertandingan memancing GP Selangor 2011 di Tasik Cempaka Bangi. Aku lihat disekeliling tasik telah dikerumuni oleh kaki-kaki pancing yang ingin merebut kejuaraan untuk tahun ini. Tapi bagi aku, aku x sanggup tunggu lama2 menghadap tasik di waktu panas terik ini. So..dalam setengah jam kemudian kami balik la ke rumah..


Walaupun hari ahad ini belum sampai ke penghujungnya.. aku rasa aku perlu berehat di rumah untuk menenangkan fikiran dan juga bersantai. Kita tunggu episod seterusnya... n