23 April 2013

PilihanRaya Umum ke-13 Tahun 2013

Kelmarin, setelah penat bershopping, saya terasa badan sakit-sakit. tu yang terus telefon tukang urut badan datang rumah. Alhamdulillah, tukang urut tu free dan dia kata malam lepas Isyak datang. Lupa nak bagitau, saya panggil dia abang Jamil. senang cerita, abg jamil ni saya kenal dah lama, sejak saya belajar di universiti lagi dalam tahun 2003 la kot. so, saya memang tahu dia pandai mengurut, dan banyak kali jugalah saya pergi berurut dengan dia. tapi kali ini setelah hampir setahun tidak berhubung dengan dia, akhirnya saya dapat juga berjumpa dengannya. biasalah..kalau dah lama tak berjumpa, banyak benda dan perkara dibincangkan termasuklah politik. mentang-mentanglah nak pilihanraya ni, banyak isu-isu panas dibincangkan walaupun kami bukan ahli politik.. ala..orang kata sembang kosong macam kat kedai kopi tu. cuma pada pendapat saya, pilihanraya kali ini mesti banyak perubahan akan berlaku. cuba kita lihat manifesto2 yang telah dilancarkan oleh pihak BN dan juga pihak PR. sebagai rakyat yang memilih, kita patutlah melihat dan mengkaji dasar-dasar dan manifesto itu dengan teliti. jika kita rasa ia menguntungkan kita sebagai seorang rakyat negara ni, terpulanglah kat kita untuk memilihnya. yang penting, saya harap tidak akan ada perbalahan dan pergaduhan yang serius sepanjang kempen pilihanraya ini. saya mahukan negara kita aman dan sentosa even kerajaan berubah atau sebaliknya. memang panjang cerita politik ini, dan jika anda adalah seorang ahli politik, mesti anda sudah biasa dengan sepak terajang politik ini. secara jujur, saya rasa politik sekarang ini dah banyak menjadi politik kotor kerana fitnah dan cacian banyak berlaku..ops..lupa pulak, dalam pukul 11, akhirnya selesailah sesi urutan bersama abg jamil. saya rasa bertenaga dan sihat..tapi baru tau banyak badan yang terasa sakit-sakit dan berangin. abg jamil pesan, kita tak boleh berurut selalu, cuma kalau rasa badan tak sedap, barulah pergi berurut. 

Last sekali, cuba-cubalah check nama anda jika anda telah mendaftar untuk mengundi di website SPR ni.. siap bagi link lagi  http://daftarj.spr.gov.my/ .. selamat mengundi semua. oklah..lain kali saya berceloteh lagi. salam.

Semoga cekap dan telus dalam berpilihanraya

22 April 2013

Persiapan untuk First Baby

Alhamdulillah..sekarang isteri saya mengandung lapan bulan. Tak sabar rasanya untuk kami menunggu sebulan lebih lagi. Ye la kan, cahaya mata pertama kami. Tu yang excited lebih ni..Haha.

Saya ni memang la malas nak update pasal pregnancy ni dari trimester pertama hinggalah trimester terakhir ni..Tapi x pe la..saya just nak share persiapan yang kami berdua buat untuk baby pertama kami ni. saya tak sangka perbelanjaan untuk baby ni amat2 lah tinggi, lebih-lebih lagi untuk baby yang pertama ni. yang saya ingat, dah berapa banyak ekspo dan warehouse sale kami redah dan yang terakhir adalah Pureen warehouse sale yang berakhir semalam (20Apr -21Apr13). Antara warehouse sale yang kami pergi, pureen warehouse sale je yang terlalu ramai orang sampaikan nak beli baju baby pun berebut-rebut. tapi memang berbaloi-baloi. kebanyakkan orang dah jadi selfish time tu. Baju-baju baby yang RM3, habis dikaut tanpa segan dan silu. Macam ni kan warehouse sale, saya tak sanggup nak bersesak2 dengan kakak-kakak dan makcik-makcik ni, kesian pulak saya lihat pada parents yang bawa baby kecil, baby confirm menangis kerana kepanasan. Oleh kerana saya x sanggup bersesak, saya dan isteri, pergilah tanya-tanya pada kakak-kakak yang tengah sort and pilih-pilih baju, mana tau ada baju yang dia orang dah reject. ini kerana, baju-baju yang dia orang kaut tu, kebanyakkannya adalah pattern yang sama. confirmlah dia orang x akan cari pattern yang sama. last2 banyak je baju-baju yang tersadai dalam beg Ikea tu. kaunter pembayaran ada dibahagian hadapan dan dibahagian belakang, iaitu di bahagian baju. tak sangka dibahagian hadapan terlalu ramai yang beratur dan kami mengambil decision untuk pergi ke kaunter di belakang. Alhamdulillah, tak ramai orang yang beratur di kaunter belakang.Ha, tau x berapa total damage kita orang untuk warehouse sale ni..RM5xx, saya dan isteri terkejut tapi berpuas hati dengan perbelanjaan yang kami keluarkan kerana harga barang-barang yang totally murah berbanding di luar. Saya difahamkan, pureen warehouse sale ni akan diadakan 3x setahun. so, selepas ini, susah sikit kot nak pergi kerana dah ada baby. hehe.

walaupun dah pergi pada hari pertama, isteri saya bersungguh-sungguh mengajak saya pergi lagi pada hari terakhir warehouse sale ni. pada mulanya, saya tak sanggup nak pergi, last-last saya bertukar fikiran dan kami cubalah pergi ke sana, tapi mungkin dah lewat la..kerana kami sampai dalam pukul 5.30pm. dia orang tutup dalam pukul 6.00pm, tapi kami cuba redah dan orang dah tak ramai. tapi yang saya x berpuas hati, staff-staff pureen dah start packing balik barang-barang untuk di masukkan dalam stor. dan akhirnya dapat la juga barang-barang yang isteri saya perlukan even tak semua. hehe. total damage untuk last minute shopping adalah RM70. tapi still berpuas hati kerana item2 tu untuk topup barang-barang baby yang kat rumah tu. gambar kat bawah adalah untuk hari yang pertama, tapi untuk hari yang terakhir malas dah nak upload.



Pureen Warehouse sale 1

Pureen Warehouse sale 2



Stroller Halford and Fisher Price Rocker from SOGO
beli kat midvalley mother expo
another barang baby
antara baju yang dah basuh