12 April 2011

Persediaan Kewangan Sebelum Berkahwin: Part 1

Kahwin! Adalah satu perkataan yang boleh dikatakan keramat dan amat luar biasa. 
Kadang-kadang apabila anda balik ke kampung atau pergi rumah saudara anda, mesti ada mulut-mulut yang bertanya bila anda hendak berkahwin? Kalau sekali dua tak apa, tapi kalau berkali-kali mesti naik rimas dibuatnya.Semua orang mesti pernah pasang angan-angan untuk berkahwin kan? Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, yang sedang belajar, apatah lagi yang sudah bekerja, pasti pernah mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang gah. Kalau boleh biarlah majlis perkahwinan itu boleh diceritakan kepada anak cucu anda. Sedar tak sedar, zaman beredar dengan pantas sekali. Belum lagi mengambil kira putaran bumi yang semakin cepat akibat bencana alam. Adakah anda perasan dengan perubahan ini? Adakah anda sudah lali dengan perubahan ini? Tapi apa kaitan dengan perkahwinan?!


Zaman bertambah moden, sudah tentu kos kehidupan pun semakin meningkat. Lagi-lagi kepada insan yang duduk di bandar-bandar besar yang semestinya kos sara hidupnya amat tinggi lagi. Ini termasuklah kos-kos yang melibatkan perkahwinan. Duit hantaran untuk si perempuan, kos untuk sewa dewan yang besar, kos untuk beli barang hantaran, pakej persandingan dan pelamin, fotografi dan ditambah pula dengan cenderahati untuk tetamu yang hadir. Sekali fikir, RM20k pun tidak mencukupi. Boleh ke anda mengumpul RM20k dalam sehari?? Mungkin ada sebahagian daripada anda merasa ini amat mustahil untuk dibuat. Jadi, di sini saya cuba untuk berkongsi tip-tip persediaan sebelum berkahwin terutamanya kepada bakal pengantin lelaki. Ingat ye, bakal pengantin lelaki mempunyai tanggungjawab yang berat dan hendaklah berpikir kehadapan supaya anda lebih bersedia untuk bekahwin!!


1. Mula menyimpan duit gaji anda.


Anda harus menyimpan duit dari sekarang. Katakan anda mula bekerja pada umur 24 tahun dengan gaji permulaan sebanyak RM2000 dan anda merancang untuk berkahwin pada umur 28 tahun. Sekiranya kenaikan gaji anda pada setiap tahun adalah 5% dan anda memperuntukkan sebanyak 10% sebagai wang simpanan. Ketika anda berumur 28 tahun, anda sudah berjaya mempunyai wang simpanan sebanyak RM13262. Dan sekiranya anda mula menyimpan wang tersebut di dalam ASB, wang simpanan anda sudah mencecah RM15k pada umur 28 tahun. Jadi jangan berfikir lagi, mulalah menabung untuk masa hadapan anda. Anda masih belum terlambat!


2. Gunakan duit BONUS anda dengan bijak


Pastikan anda memperuntukkan sebahagian daripada bonus anda ke dalam tabung simpanan anda. Sekiranya setiap tahun, anda memperoleh duit bonus sebanyak RM1000, dan anda telah memperuntukkan sebanyak 50% wang tersebut ke dalam tabung simpanan, dalam masa 4 tahun, anda telah mengumpul sebanyak RM2000. Bertambah lagi duit tabungan anda kan.


3. Rancang perbelanjaan harian anda


Mulalah merancang dan mengurus perbelanjaan kewangan anda. Sediakan belanjawan dan anda pasti tidak menyesal. Melalui belanjawan, anda mampu mengenalpasti tabiat belanja anda. Mungkin duit gaji anda banyak dihabiskan kepada makanan atau kereta. Anda mungkin telah membeli aksesori kereta setiap bulan, dan melalui helaian belanjawan anda, mungkin anda dapat mengurangkan pembelian aksesori kereta. Atau mungkin anda dapat mengurangkan tabiat anda yang suka makan di tempat-tempat yang mahal. Percayalah, sekiranya anda dapat mengenalpasti tabiat belanja anda, anda mungkin akan lebih beringat untuk berjimat. Ayuh, buka excel sheet sekarang dan mulalah track perbelanjaan anda hari ini. Mungkin tanpa sedar anda telah terlebih belanja melebihi pendapatan yang diterima?

10 April 2011

Tax oh Tax!!!

Hmm..malam ni saya terasa sunyi sepi jer kat area blok saya. mungkin esok dah Isnin kot, biasalah kalau esok dah isnin, maksudnya esok orang dah mula kerja dan bebudak dah mula sekolah setelah bercuti sabtu dan ahad. mungkin anda sedang menggosok kemeja yang x berapa kedut tuh atau anda sedang menonton konsert mentor tuh. tapi bagi saya, sekarang ini adalah masa untuk saya mengisi borang e-filing. borang cukai ni mesti kena isi dengan lengkap dan maklumat mestilah benar. kalau tidak, takut2 nanti LHDN datang investigate kita..kan dah susah tu. saya rasa banyak jer cara untuk kita mengurangkan cukai nih..saya ingat nak berkongsi benda2 nih dengan anda dan harap2  ni dapat disesuaikan dengan kadar cukai yang anda kena bayar.


1. bnykkn amk insurans.ade pelepasan tapi utk insurans nyawa, pelajaran dan perubatan jer. PA insurans x  boleh
2. anda kena kahwin..lepas tu wat ank ramai2. n ade pelepasan :))

3. bagi yang dah kahwin, better declare cukai ni berasingan. ini kerana pelepasan rebat akan lebih banyak untuk individu berbanding combine.
4. bayarlah zakat.bukan sbb dia ditolak lepas pengiraan cukai kena bayar jer, anda juga mendapat pahala yang byk.

5. belilah buku atau majalah byk2... resit tu boleh kurangkan teks... tapi ebook tak pasti pulak
6.  sapa2 yang suka bersukan, belilah barang2 sukan seperti bola tenis, bulu tangkis. barang seperti kasut sukan atau raket tidak boleh diambil kira
7.  potongan kwsp kalau lebih banyak lagi bagus..
8.  anda kena sambung belajar lagi..yuran belajar boleh ditolak dari cukai
9.  kepada anda yang mampu menjaga ibubapa yang uzur, bil perubatan dia orang bolehla anda masukkan dalam pelepasan cukai
10. buat la amal atau charity contribution kalau rasa ada duit lebih
11. beli komputer peribadi (boleh claim 3 tahun sekali)
12. internet broadband terhad sampai RM500 setahun utk (2010,2011,2012)
13. beli lah saham dan melabur dalam REIT
14. beli lah rumah...Faedah pinjaman perumahan (mesti memenuhi syarat-syarat kelayakan)

ni jer kot yang saya tahu.mungkin anda di sana lebih mengetahui dan juga lebih arif tentang pelepasan cukai ini. untuk saya, cukuplah dengan tip-tips di atas kerana saya rasa saya boleh claim balik cukai yang kena potong tiap2 bulan tuh.. lagi satu.. pastikan cukai yang dipotong oleh majikan anda adalah tepat dan tidak melebih-lebih. ini kerana ia mungkin akan membebankan anda untuk bulan tersebut. saya tahu yang anda boleh claim balik cukai tersebut sewaktu menghantar e-filing..tapi at least kita alert dan tahu berapa banyak cukai yang sepatutnya dipotong. semoga dengan idea dan ilmu yang saya kongsi ini dapat membuat kita lebih berdiplin dan juga mengambil berat tentang pendapatan dan cukai yang dikenakan terhadap kita.


08 April 2011

Petua Merawat Bayi Sembelit

Salam, saya baru saja terbaca satu entry dari website nenek nih. terbaca pulak entry pasal baby sembelit nih. al maklumlah sekarang nih saya dengar ramai sahabat-sahabat kita di luar sana baru menimang cahaya mata. mungkin ada di antara mereka yang baru pertama kali bergelar ayah dan ibu. so, inilah pengalaman yang paling hebat dan manis untuk mereka tempuhi bersama dalam menjaga baby mereka. oleh itu, di sini saya ingin berkongsilah sedikit petua untuk menangani bayi yang sembelit atau sukar untuk membuang air besar..

masalah bayi sembelit
jika bayi berusia 2 atau 3 bulan mengalami masalah tidak boleh membuang air besar beberapa hari, cubalah petua ini
  • layurkan beberapa helai daun kunyit di atas api sehingga layu
  • kemudian letakkan daun kunyit tadi di atas perut bayi
Insya Allah beberapa minit kemudian bayi anda pasti akan membuang air besar ....

saya ini bukanlah seorang insan yang pandai untuk mengubati penyakit atau masalah anda, tapi saya harap keikhlasan saya untuk berkongsi idea dan juga pengalaman saya dapat memberi manfaat dan faedah kepada kita semua.
Untuk melihat dan berkongsi petua lain silalah layari http://www.petuanenek.com/

Salam

salam.. tadi balik dari office, saya lalu kat kedai kedai makan area rumah saya tuh. memang banyak kedai makan termasuk stall kecil kat area tuh.. dan yang pasti dalam tu ramai jer orang yang menjamu selera. sungguh beruntung peniaga2 yang menjalankan bisnes dia orang. pelanggan ramai dan hasil pun menguntungkan. tapi apa yang saya tidak berpuas hati adalah dari segi kebersihan di dalam atau di sekitar kedai-kedai tersebut..cuba lah anda bayangkan jika anda makan dengan puntung rokok bersepah2, sisa makanan bertaburan di lantai.. kalau saya, x sanggup saya makan kat area kedai tersebut. cubalah sebagai seorang peniaga ..anda hendaklah memastikan premis perniagaan anda sentiasa bersih,teratur supaya lebih memberikan keselesaan kepada pelanggan yang datang untuk menjamu selera. cubalah anda menjadi seorang peniaga yang ikhlas dan juga mementingkan pelanggan..dan jangan mementingkan keuntungan semata2..InsyaAllah rezeki anda akan melimpah ruah......Amin

07 April 2011

Sekadar Coretan

fuhh..penatnya..kekadang aku rasa kerja sekarang nih amat memeningkan. amatlah penat. tapi apa yang aku terdaya sekarang nih..hanyalah berdoa2..dan terus berdoa.. Ya Allah Kau permudahkanlah urusan aku di dunia dan di akhirat.. sebagai seorang pekerja walau penat dan pening sekalipun tugasan kita yang kita hadapi, aku harus bekerja dengan ikhlas..even gaji aku lagi kecil dari kawan-kawan, aku kena bersyukur yang aku mempunyai kerja yang perlu untuk menampung penghidupan aku. kadang-kadang aku rasa simpati kepada insan yang tidak dapat bekerja, yang tidak mampu bekerja. apa yang dia orang akan buat yer?? persoalan ini selalu bermain di minda aku. apalah yang akan jadi kepada aku sekiranya benda-benda ini berlaku kepada aku suatu hari nanti yer? memang betul kata-kata dari mak aku..hidup ini sentiasalah beringat, dan jangan asyik bersuka ria meghabiskan duit simpanan. banyak-banyakkanlah menyimpan setiap bulan hatta RM10. dengan ini di suatu hari nanti dapat membantu semasa kita memerlukan...
benda-benda yang mak aku cakap ni memang berguna di waktu sekarang, kerana sekarang kos kehidupan amatlah tinggi. nak pergi makan kat kedai pun boleh habis dalam RM10 untuk sekali makan jer. sangat berbeza sewaktu aku kecil dahulu.. oleh kerana itu..aku kena lebih berusaha untuk memajukan diri sendiri dan tidak terlalu bergantung pada kerja yang aku buat sekarang ini.. hmm.. berpikir...berpikir... apa yang aku nak buat yer??..

Petua Rumahtangga Bahagia

Oleh: Ustaz Asmungi Sidek

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.
23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

06 April 2011

6 PERTANYAAN


Suatu hari Seorang Guru berkumpul dengan murid-muridnya...
Lalu beliau mengajukan enam pertanyaan...

Pertama...
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini...???"
Murid-muridnya ada yang menjawab... "orang tua", "guru", "teman", dan "kerabatnya"...
Sang Guru menjelaskan semua jawaban itu benar...
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "kematian"... Sebab kematian adalah PASTI adanya.....

Lalu Sang Guru meneruskan pertanyaan kedua...
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini...???"
Murid-muridnya ada yang menjawab..."negara Cina", "bulan", "matahari", dan "bintang-bintang"...
Lalu Sang Guru menjelaskan bahwa semua jawaban yang diberikan adalah
benar... Tapi yang paling benar adalah "masa lalu"...
Siapa pun kita... bagaimana pun kita...dan betapa kayanya kita... tetap kita TIDAK bisa kembali ke masa lalu... Sebab itu kita harus menjaga hari ini... dan hari-hari yang akan datang..

Sang Guru meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga...
"Apa yang paling besar di dunia ini...???"
Murid-muridnya ada yang menjawab "gunung", "bumi", dan "matahari"...

Semua jawaban itu benar kata Sang Guru ...
Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"...
Banyak manusia menjadi celaka karena memperturutkan hawa nafsunya... Segala cara dihalalkan demi mewujudkan impian nafsu... Karena itu, kita harus hati-hati dengan hawa nafsu ini... jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka (atau kesengsaraan dunia dan akhirat)...

Pertanyaan keempat adalah...
"Apa yang paling berat di dunia ini...???"
Di antara muridnya ada yang menjawab... "baja", "besi", dan "gajah"...
"Semua jawaban hampir benar...", kata Sang Guru .. tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"...

Pertanyaan yang kelima adalah... "Apa yang paling ringan di dunia ini...???"
Ada yang menjawab "kapas", "angin", "debu", dan "daun-daunan"...
"Semua itu benar...", kata Sang Guru... tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan ibadah"...

Lalu pertanyaan keenam adalah...
"Apakah yang paling tajam di dunia ini...???"
Murid-muridnya menjawab dengan serentak... "PEDANG...!!!" "(hampir) Benar...", kata Sang Guru tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia"...
Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati... dan melukai
perasaan saudaranya sendiri...

Sudahkah kita menjadi insan yang selalu ingat akan KEMATIAN... senantiasa belajar dari MASA LALU...dan tidak memperturutkan NAFSU...???
Sudahkah kita mampu MEMEGANG AMANAH sekecil apapun...dengan tidak MENINGGALKAN IBADAH.... serta senantiasa MENJAGA LIDAH kita...???

SUMBER:http://forum.fxopen.com/

Tips-tips semasa membeli rumah












Setiap institusi perbankan Islam menawarkan pakej pembiayaan perumahan-i yang berbeza. Teliti semua ciri pakej pembiayaan tersebut dan jangan membuat keputusan hanya berdasarkan kepada satu ciri tertentu sahaja. Carilah pakej yang sesuai dengan keperluan kewangan anda di samping menawarkan manfaat tambahan, seperti terma terma pembayaran yang menguntungkan anda.

Berikut adalah di antara tip-tip yang boleh anda gunakan.



Apakah yang saya mampu??
Buat belanjawan bagi menentukan harga rumah yang mampu anda beli.
Dengan belanjawan ini, anda boleh menentukan harga maksima hartanah yang ingin anda beli. Sebagai panduan, komitmen bulanan seperti ansuran rumah, kereta dan lain-lain bayaran tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar isi rumah.
Periksa sumber kewangan anda:
Tabungan persendirian
pastikan anda mempunyai tabungan persendirian yang mencukupi untuk menjelaskan bayaran muka (anggaran 10% - 20% daripada harga rumah) dan kos sampingan lain seperti fi guaman dan duti setem (anggaran tambahan 3% - 5%)
Pengeluaran daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
jumlah simpanan KWSP yang boleh dikeluarkan untuk membeli rumah tidak boleh melebihi jumlah yang ada dalam Akaun 2 anda. Sila hubungi pejabat KWSP yang berdekatan untuk membuat pertanyaan berhubung kelayakan membuat pengeluaran tersebut
Kemudahan pembiayaan daripada institusi perbankan Islam
buat tinjauan dan perbandingan terhadap pakej pembiayaan di pasaran yang paling sesuai dengan anda, kualiti perkhidmatan yang cekap dan boleh dipercayai, serta caj-caj yang dikenakan seperti fi guaman, fi dan caj berkaitan yang dibayar kepada pihak kerajaan
Rumah dalam pembinaan
Jika anda ingin membeli rumah yang masih dalam pembinaan, sila periksa latar belakang pemaju. Jangan takut untuk bertanyakan pelbagai soalan kepada pemaju. Pemaju yang mempunyai rekod yang baik akan mengurangkan risiko projek terbengkalai. Pastikan pemaju:
mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
mempunyai permit sah pengiklanan dan jualan yang dikeluarkan oleh penguat kuasa tempatan.
Rumah siap
Jika anda ingin membeli rumah yang telah siap daripada penjual, sila dapatkan nilai pasaran bagi rumah yang serupa di kawasan yang sama.
sumber: http://www.bankinginfo.com.my

Word of Wisdom


Wisdom is the sharing of wise experiences and knowledge, but a lot of it is common sense. The difference is how we apply this common sense - we all have the ability to keep going even when we face challenges in our lives - basically it comes down to your attitude.

We can have a positive attitude towards life, or a negative attitude. We can focus on the good or we can focus on the bad. Keeping a positive mental attitude is one of the keys to success.
The choice is always up to you!

10 Tips Pengurusan Kewangan yang Bijak

1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan

Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.

Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.


2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)

Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.

3. Lunaskan hutang kad kredit

Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!


4. Mencarum dalam pelan persaraan

Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.


5. Menabung.

Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.


6. Melabur.

Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.


7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja

Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.


8. Semak liputan insurans

Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.


9. Kemas kini wasiat

Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.


10. Simpan rekod kewangan dengan baik

Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.



Sumber : Do-It Info