02 April 2014

Keratan Akhbar ; Wanita Derita Kanser Tahap Empat

Keratan akhbar untuk renungan bersama

Jika anda membaca dengan teliti artikel di bawah, semuanya terjadi secara tiba-tiba tanpa beliau sedari. Beliau masih tidak dapat mempercayai yang beliau menghidapi kanser paru-paru tahap empat.

Kos ubat yang diperlukan sahaja mencecah RM8000 sebulan dan menurut doktor, itu baru kos ubat dan belum termasuk kos rawatan yang lain.

Untuk pengiraan, beliau memerlukan kos tahunan hanya untuk ubat sebanyak RM96,000.

Bersama-sama kita mendoakan kesihatan beliau dan jika anda rasa anda insan yang prihatin, mendermalah dan bantulah seikhlas yang mungkin. Semoga Allah membalas jasa anda.

credit to sinar harian

01 April 2014

Keratan Akhbar ; Ibu tunggal perlukan RM5,000

Keratan akhbar untuk renungan bersama

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang terjadi kepada adik Hazik 
Rikwan Abdullah 2 tahun yang sedang bertarung dengan sakit jantung berlubang sejak tahun lepas.

Kos perubatan untuk menjalani pembedahan di IJN sebanyak RM35,000 dan ibunya terpaksa mencari RM5,000 untuk cagaran awal sebelum pembedahan dapat dilaksanakan. 

Bersama-samalah kita berdoa dan menderma untuk anak kecil ini supaya pembedahan dapat dilakukan terhadapnya dan beliau terus dapat menikmati zaman kanak-kanaknya.


credit to sinar harian