Harga gula naik 20 sen sekilogram hari ini
PUTRAJAYA 9 Mei - Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram selaras dengan langkah merasionalisasi harga runcit gula yang akan berkuat kuasa esok.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Zin Mohd. Dom berkata, kenaikan harga dari RM2.10 kepada RM2.30 itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Ekonomi hari ini.
Beliau berkata, dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta setahun iaitu kadar subsidi 20 sen sekilogram. (More... at http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0510&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm)
Kerajaan umum harga gula naik 20 sen hari ini
PUTRAJAYA: Harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai hari ini, bagi merasionalisasikan harga runcit bahan berkenaan selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi, semalam. [+]http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kerajaanumumhargagulanaik20senhariini/Article
Sebenarnya dengan kenaikan gula ini, ada pro and kontranya. Terpulang lah pada individu untuk memikirkan kesannya pada kehidupan kita, Pada aku, ada baiknya dengan kenaikan ini kerana dengan harga yang semakin mahal kita akan kurang menggunakan gula dalam kehidupan seharian. Dengan itu, mungkin kadar penyakit kencing manis yang banyak berlaku dalam masyarakat kita akan berkurang.. :p