16 November 2013

Mengapa kita perlu ada medical card PART 2

Assalamualaikum.

Entry yg lepas DI SINI, saya ada huraikan serba sedikit tentang kenapa kita perlu ada medical card. Tp x sempat nak huraikan panjang lebar, so di dlm entry kali ini, akan saya sambung penjelasan saya tentang kepentingan medical card ini. 

Sebelum ni saya ada jelaskan yg kita sepatutnya ambil medical card sewaktu kita muda iaitu sebelum kita berpenyakit. Kebetulan saya ada terjumpa dengan seorg makcik ni. Umur dah 55 thn, masih bekerja di sektor awam. Sy bagi name card kat dia dan bila dia tahu saya adalah takaful consultant, makcik ni berminat nak ambil medical card dengan saya. Saya tanya dia, makcik ada apa2 penyakit tak? maklumlah dia dah berusia kan. dia kata dia ada darah tinggi. Allah! Saya puji sikap makcik ni sebab dia tau dia perlukan medical card. Tapi sebab dia mempunyai penyakit, percentage utk dia dapatkan medical card tu tersangatlah kecil. Saya bgtau makcik tu, saya akan contact dia balik sbb saya kena dapatkan nasihat dari yg pakar terlebih dahulu. Walaupun dia berpenyakit, tp mungkin bacaan BP dia boleh dipertimbangkan lagi. So harapan tu masih ada kan. Ambil medical card anda ketika anda sihat.