16 November 2013

Mengapa kita perlu ada medical card PART 2

Assalamualaikum.

Entry yg lepas DI SINI, saya ada huraikan serba sedikit tentang kenapa kita perlu ada medical card. Tp x sempat nak huraikan panjang lebar, so di dlm entry kali ini, akan saya sambung penjelasan saya tentang kepentingan medical card ini. 

Sebelum ni saya ada jelaskan yg kita sepatutnya ambil medical card sewaktu kita muda iaitu sebelum kita berpenyakit. Kebetulan saya ada terjumpa dengan seorg makcik ni. Umur dah 55 thn, masih bekerja di sektor awam. Sy bagi name card kat dia dan bila dia tahu saya adalah takaful consultant, makcik ni berminat nak ambil medical card dengan saya. Saya tanya dia, makcik ada apa2 penyakit tak? maklumlah dia dah berusia kan. dia kata dia ada darah tinggi. Allah! Saya puji sikap makcik ni sebab dia tau dia perlukan medical card. Tapi sebab dia mempunyai penyakit, percentage utk dia dapatkan medical card tu tersangatlah kecil. Saya bgtau makcik tu, saya akan contact dia balik sbb saya kena dapatkan nasihat dari yg pakar terlebih dahulu. Walaupun dia berpenyakit, tp mungkin bacaan BP dia boleh dipertimbangkan lagi. So harapan tu masih ada kan. Ambil medical card anda ketika anda sihat.


Source : www.cartoonstock.com

Ramai org yg saya jumpa, bila ditanya "dah ada medical card?", ramai yg jawab company dah cover. Ye, kenyataan tersebut mmg betul. Tak dinafikan pada hari ini, byk company yg provide medical benefits kepada staff mereka. Tapi ramai yg x ambil tau berapa byk yg company bagi utk seorg staff kan. 35K untuk satu keluarga? 18K sahaja untuk setahun? Jadi silalah cek balik apa2 benefits yg dicover oleh company anda. Jadilah seorg rakyat yg bijak yang ambil tahu yg busy body. Andai kata, salah seorg ahli keluarga anda menghidap cancer, adakah jumlah sebanyak 50k setahun tu cukup untuk cover keluarga anda? Apa yg banyak berlaku di Malaysia pada hari ini, ramai yg terpaksa menjual rumah untuk merawat penyakit akibat kekurangan sumber kewangan. Tetapi jika anda mempunyai medical card sendiri, anda masih mempunyai 50k extra (sbg cth. ikut plan medical card masing2) untuk merawat penyakit anda. Anda tidak perlu mengeluarkan duit simpanan sendiri sebaliknya anda telah bertindak bijak dengan membayar caruman bulanan atau tahunan sebagai persediaan anda di masa hadapan.

Lagi satu yg perlu anda ingat, anda tidak akan bekerja di company tersebut seumur hidup. Unless, company tu milik anda la. Sekiranya anda sudah retire, company anda tidak akan cover lagi bayaran hospital anda. So kena keluar duit sendiri la kan. Anda perlu ingat, semakin anda berusia penyakit pun mudah datang kan. Nak masuk hospital sebab demam je pun, anda perlu bayar sendiri. Melainkan anda masuk hospital kerajaan. Tp kalau anda dah biasa dengan private hospital, nak down grade ke pergi government hospital? 

Let say anda retire pada umur 60 thn, anda tidak berpenyakit dan anda tahu kepentingan medical card, agak2 berapa byk yg perlu anda sumbangkan utk dapatkan medical card? RM500 mungkin sebulan. Sedangkan jika anda ambil medical card sewaktu anda muda, mungkin anda perlu bayar RM200 je sebulan.

Fikir2 kan lah. Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut pasal medical card, ataupun anda mempunyai sebarang kemusykilan, anda boleh hubungi saya sama ada melalui phone atau isikan form di sebelah kanan.

Sehingga bertemu di lain entry. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment