16 January 2014

Certified Islamic Financial Planner

Assalamualaikum semua.

Wah dah lama tak update blog ni kan. Biasalah busy je dengan kehidupan seharian dan kerja. Para pembaca semua macam mana pula? Diharapkan anda semua dapat menjalankan kerja seharian dengan lancar ye.

Anda pernah dengar tentang CFP atau Certified Financial Planner tak? CFP ini sebenarnya adalah professional certificate yg diberikan kepada individu yg lulus dalam peperiksaan yang diselia oleh Certified Financial Planner Board of Standards. Apabila seseorang individu tersebut berjaya mendapat certificate tersebut, maka dia telah bergelar perancang kewangan yang bertauliah.

Di Malaysia, terdapat dua certificate yg ditawarkan iaitu Registered Financial Planner (RFP) yang diberikan oleh The Malaysian Insurance Institute dan Islamic Financial Planner (IFP) yg diselia oleh Islamic Banking & Finance Institute Malaysia. Kedua-duanya adalah professional certificate yg diiktiraf oleh Bank Negara. Individu yg memiliki sijil ini merupakan perancang kewangan yg bertauliah di Malaysia. Sehingga hari ini, terdapat hanya 136 individu yang telah graduate sebagai Islamic Financial Planner. Dan separuh daripada jumlah itu terdiri daripada mereka yg bukan Islam. 

Atas sebab dorongan dan faktor di atas, saya bercita-cita untuk memiliki kelayakan tersebut untuk kemaslahatan kita semua. Hihihi. Besarkah cita-cita itu? Dengan license yang bakal diperoleh, Insya Allah saya boleh membantu umat Islam dalam pengurusan kewangan yg teratur. Itulah cita-cita saya. Ingin membantu semua orang selagi termampu. 

Untuk melayakkan saya mendapat sijil tersebut, saya perlu mengikuti dan mengambil 6 modul yang berasaskan peperiksaan iaitu :

1. Fundamentals of Islamic Financial Planning
2. Risk Management and Takaful Planning
3. Islamic Investment Planning
4. Zakat and Tax Planning
5. Islamic Estate, Retirement and Waqaf Planning
6. Financial Plan Construction and Professional Responsibilities

Wah banyaknya. Dan nampak tough kan. Itu belum lagi kira fee untuk setiap modul yg mencecah RM1k ke atas. Berpinar sekejap bila memikirkan total fee tu. Semoga perjalanan saya dalam menempuh pembelajaran untuk mencapai cita-cita ini dipermudahkan. Doakan saya ya kawan-kawan.

Hingga di sini sahaja coretan saya kali ini. Semoga berjumpa lagi.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment