Assalamualaikum semua.
Hari ni nak cerita pasal topik yang serius sikit. Topik yang perlu difikirkan oleh mereka yang bergelar ketua keluarga atau suami dan isteri.
Tiada sesiapa yang meminta perkara-perkara buruk berlaku kepada diri kita atau pun keluarga kita. Tiada orang pun yang suka untuk memikirkan perkara di luar jangkaan ini menimpa kita dan keluarga kita kan. Qada' dan qadar Allah yang pegangkan. Kita sebagai hamba-Nya memang tak dapat menjangka apa yang bakal berlaku. Kita hanya boleh berusaha dan bertawakal kepada-Nya.
Kajian menunjukkan purata jangka hayat orang lelaki di Malaysia adalah sekitar 73 tahun manakala wanita 76 tahun. Kenapa ye orang perempuan ni mempunyai jangka hayat yang lebih panjang? Hehehe. Mungkin anda ada jawapannya.
Merancang kewangan anda dengan betul dapat menyelesaikan masalah kewangan anda dan keluarga anda jika ditimpa kesusahan. Sebagai umat Islam, kita sentiasa diingatkan untuk berusaha dan berikhtiar bukan hanya menyerah kepada takdir. Allah menyediakan rezeki untuk burung, tetapi ia mesti berusaha terbang untuk mendapatkannya. Ia bermaksud kita mesti berusaha untuk mendapatkan sesuatu bukan mengharapkan ianya datang bergolek.
Anda sebenarnya telah berada di dalam peringkat perlu menyediakan standard tertentu untuk kehidupan keluarga anda. Bukankah standard itu ditetapkan oleh anda sendiri? Anda membelikan baju berjenama untuk anak isteri anda atau untuk diri anda sendiri. Anda menjamu keluarga anda makan di restoran-restoran mewah dan sedap-sedap. Anda mempunyai rumah besar, kereta besar, dan standard pun besar.
Tetapi sekiranya anda ditimpa musibah seperti hilang upaya atau kehilangan nyawa (nau'zubillah), adakah keluarga anda mampu untuk mengekalkan kehidupan seperti biasa? Sudahlah bersedih dengan musibah yang menimpa, keadaan kewangan juga tidak mencukupi. Sudah tentu kehidupan hari-hari yang mendatang terkesan apabila hilang punca pendapatan kan. Makanan, kesihatan, pengangkutan malah pakaian sekalipun. Tidak mustahil pelajaran anak anda pun akan terjejas kan. Adakah ibu bapa anda mampu untuk menanggung keluarga anda ini?
Sila jangan fikir dunia keluarga anda telah tamat. Ada cara untuk menyelesaikan masalah ini. Ia adalah perlindungan takaful untuk menggantikan punca pendapatan anda. Anda boleh memastikan perlindungan yang akan diterima oleh keluarga anda mencukupi sekiranya anda ditimpa musibah. Pastikan jumlah perlindungan itu bernilai tinggi. Mengikut perancang kewangan, perlindungan itu mestilah berjumlah 2x ganda jumlah pendapatan tahunan anda sekarang. Sekiranya pendapatan tahunan anda sekarang adalah 50k setahun, maka anda memerlukan perlindungan yang berjumlah 100k untuk tujuan keselesaan keluarga anda di masa hadapan. Logikkan? Dengan jumlah tersebut, keluarga anda masih dapat mengekalkan kehidupan yang ada di samping berusaha mencari sumber pendapatan yang baru.
Anda masih tidak faham? Anda boleh hubungi saya, dan saya akan terangkan dengan lebih lanjut. Anda masih belum terlewat untuk merancang kewangan anda. Bertindaklah segera sebelum terlewat.
Email : kluangmaster@gmail.com
Call / SMS /Whatsapp : 019-3597600
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment