20 May 2014

Pentingnya Takaful sebagai Keperluan

Assalamualaikum

Bagi saya, takaful amat penting kepada kita semua terutamanya kepada pekerja yang tidak mendapat caruman insurans dari syarikat tempat mereka bekerja.

Takaful adalah pelan perlindungan diri semasa kita ditimpa musibah dan juga 
pelan bantuan kewangan perubatan semasa anda dimasukkan ke hospital.

Anda mesti ingat, sebagai pencari nafkah untuk keluarga anda, apa akan terjadi sekiranya anda tidak mampu lagi bekerja dan anda terlantar di hospital? siapa yang hendak menyara keluarga semasa anda sakit?

Jika anda ada duit simpanan, berapa lama ia boleh bertahan untuk menyara keluarga anda?

Jika anda melihat situasi negara pada masa sekarang, harga barang keperluan, elektrik dan sebagainya telah meningkat dan menyebabkan harga perkhidmatan juga meningkat termasuklah perubatan.

Saya menyeru sahabat dan kawan-kawan di luar sana, apa jua keperluan dan kehendak anda, jadikanlah perlindungan takaful adalah salah satu daripadanya.

Anda tidak rugi apa-apa dengan bayaran bulanan sekurang-kurangnya RM150,kerana pelbagai faedah perubatan telah disediakan untuk anda. 

Tambahan pula, ia juga mengandungi pelan pelaburan dan sedikit sebanyak kita telah melabur duit kita dan pada masa yang sama kita mempunyai pelan simpanan.

Ia juga bertindak sebagai pelan persaraan anda di mana, jumlah pelan asas yang tinggi dapat digunakan oleh waris meneruskan kehidupan mereka dengan selesa.

Berfikirlah untuk isteri dan anak-anak anda yang comel, supaya masa depan mereka terjamin.

Amin.

Cepat-cepat hubungi saya sebelum terlewat

Mohammad Ali Admon @ Nik Hazura N Hamat
0193597600
mylife27681@yahoo.com


02 April 2014

Keratan Akhbar ; Wanita Derita Kanser Tahap Empat

Keratan akhbar untuk renungan bersama

Jika anda membaca dengan teliti artikel di bawah, semuanya terjadi secara tiba-tiba tanpa beliau sedari. Beliau masih tidak dapat mempercayai yang beliau menghidapi kanser paru-paru tahap empat.

Kos ubat yang diperlukan sahaja mencecah RM8000 sebulan dan menurut doktor, itu baru kos ubat dan belum termasuk kos rawatan yang lain.

Untuk pengiraan, beliau memerlukan kos tahunan hanya untuk ubat sebanyak RM96,000.

Bersama-sama kita mendoakan kesihatan beliau dan jika anda rasa anda insan yang prihatin, mendermalah dan bantulah seikhlas yang mungkin. Semoga Allah membalas jasa anda.

credit to sinar harian