20 May 2014

Pentingnya Takaful sebagai Keperluan

Assalamualaikum

Bagi saya, takaful amat penting kepada kita semua terutamanya kepada pekerja yang tidak mendapat caruman insurans dari syarikat tempat mereka bekerja.

Takaful adalah pelan perlindungan diri semasa kita ditimpa musibah dan juga 
pelan bantuan kewangan perubatan semasa anda dimasukkan ke hospital.

Anda mesti ingat, sebagai pencari nafkah untuk keluarga anda, apa akan terjadi sekiranya anda tidak mampu lagi bekerja dan anda terlantar di hospital? siapa yang hendak menyara keluarga semasa anda sakit?

Jika anda ada duit simpanan, berapa lama ia boleh bertahan untuk menyara keluarga anda?

Jika anda melihat situasi negara pada masa sekarang, harga barang keperluan, elektrik dan sebagainya telah meningkat dan menyebabkan harga perkhidmatan juga meningkat termasuklah perubatan.

Saya menyeru sahabat dan kawan-kawan di luar sana, apa jua keperluan dan kehendak anda, jadikanlah perlindungan takaful adalah salah satu daripadanya.

Anda tidak rugi apa-apa dengan bayaran bulanan sekurang-kurangnya RM150,kerana pelbagai faedah perubatan telah disediakan untuk anda. 

Tambahan pula, ia juga mengandungi pelan pelaburan dan sedikit sebanyak kita telah melabur duit kita dan pada masa yang sama kita mempunyai pelan simpanan.

Ia juga bertindak sebagai pelan persaraan anda di mana, jumlah pelan asas yang tinggi dapat digunakan oleh waris meneruskan kehidupan mereka dengan selesa.

Berfikirlah untuk isteri dan anak-anak anda yang comel, supaya masa depan mereka terjamin.

Amin.

Cepat-cepat hubungi saya sebelum terlewat

Mohammad Ali Admon @ Nik Hazura N Hamat
0193597600
mylife27681@yahoo.com


02 April 2014

Keratan Akhbar ; Wanita Derita Kanser Tahap Empat

Keratan akhbar untuk renungan bersama

Jika anda membaca dengan teliti artikel di bawah, semuanya terjadi secara tiba-tiba tanpa beliau sedari. Beliau masih tidak dapat mempercayai yang beliau menghidapi kanser paru-paru tahap empat.

Kos ubat yang diperlukan sahaja mencecah RM8000 sebulan dan menurut doktor, itu baru kos ubat dan belum termasuk kos rawatan yang lain.

Untuk pengiraan, beliau memerlukan kos tahunan hanya untuk ubat sebanyak RM96,000.

Bersama-sama kita mendoakan kesihatan beliau dan jika anda rasa anda insan yang prihatin, mendermalah dan bantulah seikhlas yang mungkin. Semoga Allah membalas jasa anda.

credit to sinar harian

01 April 2014

Keratan Akhbar ; Ibu tunggal perlukan RM5,000

Keratan akhbar untuk renungan bersama

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang terjadi kepada adik Hazik 
Rikwan Abdullah 2 tahun yang sedang bertarung dengan sakit jantung berlubang sejak tahun lepas.

Kos perubatan untuk menjalani pembedahan di IJN sebanyak RM35,000 dan ibunya terpaksa mencari RM5,000 untuk cagaran awal sebelum pembedahan dapat dilaksanakan. 

Bersama-samalah kita berdoa dan menderma untuk anak kecil ini supaya pembedahan dapat dilakukan terhadapnya dan beliau terus dapat menikmati zaman kanak-kanaknya.


credit to sinar harian

31 March 2014

Keratan Akhbar ; Ibu Tunggal Jadi Buntu

Keratan akhbar untuk renungan bersama.


Keratan akhbar ini diperolehi daripada akhbar Sinar Harian. Tajuk yang kita boleh buat perbincangan iaitu IBU TUNGGAL JADI BUNTU.

Kenapa? ini kerana beliau tidak tahu bagaimana mahu menyara keluarga setelah kematian suami. Bukan maksudnya beliau tidak tahu, tetapi setelah sekian lama menjadi suri rumah, apakah langkah-langkah yang beliau perlukan untuk merancang keluarga?

Kepada suami-suami di luar sana, adakah anda mahu kejadian ini berulang dan terjadi kepada keluarga anda? Jadikanlah ia sebagai pengajaran betapa pentingnya suami yang bekerja untuk meninggalkan sesuatu yang bermanfaat kepada keluarga sekiranya perkara buruk terjadi kepadanya.



credit to sinar harian

30 March 2014

Keratan Akhbar ; Budak Derita Kanser Prostat

Keratan akhbar untuk renungan bersama



Penyakit tidak mengira usia. Buktinya adalah seperti keratan akhbar sinar harian seperti di bawah. 

Budak derita kanser prostat. Beliau telah disahkan menghidap kanser prostat sejak September 2013. Beliau telah diuji oleh Allah didalam usia semuda 12 tahun dimana peringkat umur itulah kanak-kanak sedang menikmati zaman mereka dan juga mendapat pendidikan di sekolah dengan sempurna. Akan tetapi, untuk beliau semua itu terpaksa dilupakan kerana mahu duduk di atas kerusi roda pun beliau tidak berdaya. 


Jangan cakaplah pasal kos yang ditanggung? Ibubapa mana yang tidak sayangkan anak mereka. Mereka akan sanggup buat apa saja walaupun kos rawatan perubatan beliau amatlah tinggi. Semoga beliau cepat sembuh dan dapat menikmati kehidupan seperti kanak-kanak yang lain. Amin.


credit to Sinar Harian

27 March 2014

MRTA atau MLTA

Assalamualaikum. 

Kita tangguhkan sebentar entry pasal misconceptions in Takaful, tapi saya nak berkongsi sedikit tentang MRTA dan MLTA. Bagi mereka yang telah membeli rumah atau pun dalam proses membeli rumah, pasti mengetahui tentang MRTA.



Salah faham tentang konsep perlindungan

Assalamualaikum.

Saya nak sambung balik entry saya semalam DI SINI tentang konsep perlindungan yang disalah ertikan oleh ramai orang. 

Sebenarnya saya galakkan anda semua berkongsi dengan saya untuk mengutarakan pendapat anda pula. Kerana saya juga ingin mengetahui dari sudut pandangan anda. 

Selama ni, saya nampak dari kaca mata saya sahaja sebagai perunding Takaful tetapi saya tidak pernah tahu apa pandangan anda. Oleh itu, saya alu-alukan anda semua untuk berkongsi pandangan dengan saya. 

Anda boleh memberi komen dalam blog ini, atau pun mengisi form Hubungi Saya di sebelah kiri blog saya atau pun menghantar email terus kepada saya. 

Ok berbalik kepada misconceptions about protection. Saya akan cuba huraikan satu persatu.

26 March 2014

Faulty Thinking About Takaful

Assalamualaikum.

Saya pasti ramai yang masih tidak faham tentang kepentingan perlindungan. Pelbagai tanggapan diberikan sekiranya anda didekati oleh perunding Takaful atau insurans. 

Memang susah nak dapatkan orang yang sanggup dengar apa yang hendak dikongsikan. Tapi ia berbalik kepada matlamat seseorang perunding itu juga. 

Sama ada nak kejar personal sales atau pun nak educate people tentang kepentingan pelan perlindungan dan perancangan kewangan. Itu sebab banyak berlaku misconceptions dalam pemahaman konsep perlindungan ini (insurans or Takaful).

"... Saya belum kahwin lagi.."

24 March 2014

Pelan Pendidikan anak yang terbaik?

Pelan Pendidikan anak yang terbaik?

Kita selalu mempunyai banyak dilema tentang mencari pelan pendidikan anak yang terbaik. Secara ideal kita perlulah mendapatkan khidmat nasihat dari pakar perancangan kewangan yang betul-betul ikhlas dan memahami kehendak dan keperluan kita.


credit to google
Cubalah pertimbangkan 3 perkara di bawah semasa mencari pelan pendidikan anak yang terbaik.

  • Berapakah jumlah yang diperlukan untuk dana pendidikan anak? - ketahuilah saiz dan masalah kita
  • Sekiranya pembayar dana meninggal dunia, hilang upaya dan menghidapi sakit berbahaya, apa yang akan terjadi? adakah kita tidak perlu membayar contribution tetapi terpaksa tunggu hingga pelan itu matang? ataupun dana pendidikan yang disasarkan akan diberikan keseluruhannya kepada yang berkenaan untuk diuruskan mengikut kehendak mereka?
  • Sekiranya ada masalah kewangan dan tidak dapat melakukan contribution, apakah alternatif yang ada? bolehkah kita menukar kepada pelan yang lebih fleksibel?

Jika 3 perkara di atas telah diperhalusi, kita tidak perlu bimbang untuk berurusan dengan mana-mana perunding takaful semasa memilih pelan pendidikan yang terbaik untuk anak kita. 


Falsafah sediakan payung sebelum hujan dan tahu kepentingan menabung untuk anak-anak mungkin akan memudahkan hidup kita di masa hadapan.

Jika masih ragu-ragu, berbincanglah dengan kami, semoga kami dapat membantu dan memberi cadangan menyelesaikan masalah anda.


Wasalam

Mohammad Ali Admon / Nik Hazura N Hamat
0193597600
mylife27681@yahoo.com


23 March 2014

Perlindungan RM 1 Juta

Perlindungan RM 1 Juta



credit to google


Perlindungan asas sebanyak RM 1,000,000

Assalamualaikum, adakah kita berada di dalam golongan yang mahu perlindungan kematian dan hilang upaya penuh untuk RM 1 juta ? Pelan ini amat berguna kepada mereka yang mempunyai banyak aset. Contohnya, mereka yang mempunyai rumah atau hutang sehingga bernilai RM1 Juta atau lebih. Dengan adanya perlindungan sebanyak ini, keluarga kita dapat menjelaskan segala hutang yang masih belum diselesaikan selepas ketiadaan kita.  Jika kita mempunyai beberapa kriteria seperti di bawah, kita mestilah mempunyai pelan takaful sebanyak RM1 juta.

Apa dia ?

18 March 2014

Rancanglah Persaraan Anda : contoh1


credit to google
Assalamualaikum..

Pernahkah anda terfikir dengan persaraan. Pada saya, persaraan adalah suatu yang amat indah sekiranya kita telah merancang untuknya akan tetapi ia amat memeritkan jika kita tidak merancang dengan sebaiknya. Mengapa ?

Cuba kita kira pendapatan kita dan juga pelbagai komitment kita pada hari ini.

Contoh : Dengan gaji bulanan RM 3000

  1. bil elektrik
  2. bil air
  3. bil astro
  4. bil broadband
  5. bil kereta
  6. bil rumah
  7. bil provision (makan)
  8. bil tol
  9. bil minyak kereta
  10. bil anak sekolah
  11. bil insurans/ takaful cover untuk RM200K

17 March 2014

Kehidupan setelah menghidap kanser

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya nak share serba sedikit tentang cerita kehidupan pesakit-pesakit kanser untuk kita renungkan bersama. Credit to NST. Semoga apa yang baik boleh dijadikan pedoman untuk kita semua.

Case 1

  Case 2

Case 3
Some has been cut to make it short
Credit to NST

Pelbagai jenis kanser yang mereka alami. Pelbagai rawatan yang mereka terima. Tetapi mereka semua meneruskan kehidupan seharian dengan positif. 

Syukur Alhamdulillah. Mereka menjadi lebih kuat dan meneroka aspek kehidupan ini dengan pandangan yang berbeza. Semoga kisah ini menjadi motivasi kepada pesakit-pesakit kanser di luar sana untuk meneruskan kehidupan mereka. 

Hubungi saya sekiranya anda ingin mendapatkan pelan perlindungan Takaful Life dan Medical Card.

MOHAMMAD ALI ADMON
Perunding Takaful Anda
019-3597600
mylife27681@yahoo.com


16 March 2014

Beban Akibat Kanser

Assalamualaikum semua.


Credit to NST

Kalau baca artikel di atas, memang ia adalah fakta yang menakutkan. Penyakit akibat kanser merupakan pembunuh paling besar di dunia. 

Ini semua berpunca daripada gaya hidup kita yang tidak sihat. Tidak dinafikan, dengan teknologi canggih di dalam semua bidang pada hari ini turut membawa kepada perkembangan sel kanser di dalam badan kita. 

Tetapi kita masih alpa malah tidak pernah cuba untuk mengurangkan amalan pemakanan yang tidak sihat, kurang bersenam dan tidak boleh berhenti merokok.

Dengan peningkatan kos rawatan di hospital pada hari ini (lebih kurang 15%), rawatan kanser mampu mencecah ratusan ribu ringgit. 

Mari amalkan gaya hidup sihat untuk memastikan kesihatan anda berada di tahap optimum. Tetapi dalam masa yang sama, jangan lupa untuk mencari pelan perlindungan untuk anda sekeluarga sekiranya salah seorang daripada anda disahkan menghidap kanser. 

Ia adalah seperti tabung kecemasan untuk anda di masa hadapan sekiranya ia diperlukan. Kita digalakkan untuk berusaha dan berikhtiar merancang kewangan kita pada hari ini untuk menghadapi masa hadapan yang tidak pasti. 

Apa kata anda belanjakan wang yang digunakan untuk makan makanan yang tidak berkhasiat itu kepada pelan perlindungan dan medical card yang pasti lebih memberi manfaat kepada anda sekeluarga. 

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi dan pandangan peribadi saya secara percuma. Ianya bukan untuk saya, tetapi untuk anda kerana saya sudah memilikinya.



MOHAMMAD ALI ADMON
Perunding Takaful Anda
019-3597600
mylife27681@yahoo.com



15 March 2014

Penyakit Jantung Di Kalangan Wanita

Assalamualaikum semua.

Sekiranya semalam saya bercerita pasal penyakit jantung secara amnya, hari ini saya terjumpa lagi artikel pasal jantung tetapi lebih berkaitan kepada wanita.

Credit to NST

Mengikut data yang diperoleh pada tahun 2005/2006, wanita yang berumur di antara 25-64 tahun mempunyai faktor risiko yang tinggi untuk terkena penyakit yang berkaitan dengan jantung. 

Jom kita exercise!

Sudahkah anda mempunyai pelan perlindungan Takaful beserta Medical Card sebagai persediaan andai kata anda mungkin terkena penyakit ini. 

Sekiranya anda mempunyai medical card dengan limit tahunan yang mencukupi, anda tidak perlu lagi risau andai kata anda terkena penyakit ini. Kita pun tahu kan pesakit tidak boleh terlalu risau tentang perkara-perkara lain kerana ia akan memburukkan lagi penyakit anda.

Hubungi saya untuk mendapatkan pelan perlindungan Takaful dan Medical Card hari ini.


MOHAMMAD ALI ADMON 
Perunding Takaful Anda
019-3597600
mylife27681@yahoo.com


14 March 2014

Sayangilah Jantung Anda

Assalamualaikum semua.

Seperti yang kita tahu, jantung merupakan organ yang paling bekerja keras di dalam tubuh badan kita. 

Tugasnya untuk mengepam darah yang membekalkan oksigen ke seluruh badan menjadikan ia organ yang paling penting. Tetapi, tidak ramai yang sedar tentang kesihatan jantung mereka. 



Di Malaysia, penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu selama tiga dekad berturut-turut. 

Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia, 25% kematian di hospital kerajaan disebabkan oleh penyakit kardiovaskular yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berumur 40-60 tahun. 

Kekurangan exercise, diet yang tidak sihat dan merokok merupakan faktor yang menyumbang kepada penyakit jantung di kalangan golongan muda.



Credit to NST

Oleh itu, sayangilah jantung anda. Jom kita exercise! 

Dapatkan perlindungan Takaful dan medical card dari Great Eastern Takaful Berhad untuk melindungi anda dan keluarga anda sekiranya anda diserang penyakit jantung. 

Ia adalah suatu usaha yang perlu dilakukan untuk kesejahteraan keluarga anda kelak sekiranya anda terkena penyakit gantung. 

Sekurang-kurangnya, anda mempunyai medical card untuk membayar kos rawatan di hospital dan gantian kewangan untuk digunakan oleh anda atau keluarga anda meneruskan kehidupan sekiranya anda sudah tidak boleh bekerja lagi.

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma.


MOHAMMAD ALI ADMON
019-3597600
Perunding Takaful Anda
mylife27681@yahoo.com



12 March 2014

Ketentuan Allah

Assalamualaikum semua.


Pagi ini menerima berita yang adik kepada seorang kawan saya telah kembali menemui Pencipta-Nya. Innalillah. Perginya secara mengejut. Tiba-tiba sesak nafas sekitar jam 3 pagi tadi. 

Source : Google Image


Kita tidak dapat melawan ketentuan Allah tetapi kita boleh berusaha untuk menentukan nasib kita sekeluarga. Dalam cerita ini, konteks perancangan kewangan keluarga sebagai persediaan dalam menghadapi situasi seperti ini perlu diberi perhatian. 

Kita mungkin fikir perlindungan tidak penting buat masa sekarang, tetapi fikirkan bagaimana keluarga kita mahu meneruskan kehidupan sekiranya salah satu punca pendapatan keluarga hilang secara tiba-tiba.

Kita perlu fikirkan rumah kediaman, kereta, keperluan pendidikan anak-anak, pinjaman bank sekiranya ada, keperluan asas lain dan bagaimana untuk mengekalkan gaya hidup anda sekiranya hilang punca pendapatan keluarga anda. 

Banyak contoh yang kita boleh lihat di luar sana, tetapi kenapa kita tak ambil kisah mereka sebagai pengajaran?

KLIK SINI dan SINI untuk membaca dengan lebih lanjut tentang konsep perlindungan Takaful sebagai gantian kewangan keluarga.

Hubungi saya Perunding Takaful Anda untuk mendapatkan quotation, penerangan lanjut atau pun apa-apa konsultasi percuma untuk perancangan kewangan keluarga anda. 


MOHAMMAD ALI ADMON
Great Eastern Takaful Berhad
019-3597600
mylife27681@yahoo.com

@

NIK HAZURA N HAMAT
019-3597600
012-9152771 (WhatsApp only)
nickzura01@gmail.com

11 March 2014

Your Kid's Education Fund

Assalamualaikum semua.


Credit to The Star

Semalam terbaca di dalam The Star tentang tajuk di atas. Teringat zaman saya mula-mula menjejakkan kaki ke universiti dulu. 

Kerana saya datang dari keluarga yang sederhana, emak saya telah mengeluarkan wang dari akaun EPFnya untuk membayar yuran pengajian untuk semester pertama. 

Tetiba dalam mode sedih pula. Sekarang tiba masanya, saya pula yang harus membayar balik segala pengorbanan kedua-dua ibu bapa saya.

Kita tahu kan nilai mata wang kita di masa hadapan mungkin akan menjadi lebih kecil berbanding dengan hari ini. Oleh itu, kita memerlukan sejumlah wang yang agak banyak sebagai persediaan untuk bersara. 

Jadi kita perlu melihat perancangan dan persediaan persaraan kita sendiri. Bukan esok, bukan tahun depan, tetapi kita perlu bertindak sekarang. 

Apa yang saya boleh cadangkan di sini ialah kita sebagai ibu bapa boleh membuat simpanan atau pun membuat pelaburan untuk menampung perbelanjaan pengajian anak-anak anda kelak. 



Great Eastern Takaful Berhad ada menawarkan satu pelan pendidikan untuk anak anda. Rancanglah dari sekarang supaya ketika anak anda melangkah keluar rumah untuk meneruskan pengajian mereka, anda sudah mempunyai dana yang mencukupi untuk tujuan tersebut. 

Anda boleh KLIK SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang ditawarkan melalui pelan I-Great Iqra' ini. Anda juga berhak mendapatkan tax rebate sekiranya anda menyertai pelan ini. 

Hubungi saya sekiranya anda berminat. Saya boleh bantu anda mengikut keperluan anda sekeluarga.

MOHAMMAD ALI ADMON @ NIK HAZURA N HAMAT
019-3597600
mylife27681@yahoo.com

10 March 2014

PRAY FOR MH370

Assalamualaikum semua.





Hari Sabtu lepas negara kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 dari KL ke Beijing. Saya pun dapat tahu berita ni agak lewat. 

Petangnya ke KLIA untuk menghantar kakak dan family yang bakal berlepas ke Madinah dan Mekah untuk mengerjakan umrah. 

Anjung Tinjau ditutup untuk digunakan sebagai holding area bagi family members penumpang dan krew yang terlibat. Reporters jangan cakap. Memang memenuhi ruang tersebut dengan perkakasan mereka.

Saya mengikuti perkembangan ini. Kat rumah memang Astro Awani je dari pagi sampai la waktu tidur. Sedih je rasa hati. Hari ni pun dah masuk hari ketiga pesawat MH370 hilang tanpa dikesan.

Oleh itu, di sini saya ingin menyeru kepada kawan-kawan semua untuk sama-sama berdoa agar mereka semua selamat dan dapat ditemui dengan segera. Semoga Allah memberi petunjuk kepada pasukan penyelamat di mana mereka berada.


Source : Google Image

07 March 2014

Statistik lagi

Assalamualaikum semua.


Source : Harian Metro


Inilah statistik yang dikeluarkan oleh AKPK tentang beban hutang rakyat Malaysia pada hari ini. Lelaki menanggung beban hutang yang lebih tinggi berbanding perempuan. 

Manakala mereka yang berusia 41 tahun ke atas merupakan golongan yang menduduki carta teratas dengan bebanan hutang.

Kos perubatan yang tinggi menduduki tempat kedua dengan 18.1% (tahun sebelumnya, ia mengungguli carta) manakala 1.4% beban hutang ini disebabkan oleh kematian pasangan

Kegagalan menguruskan kewangan merupakan faktor yang tertinggi dengan 22.8%.  

Jadi renung-renungkanlah. Jangan biarkan diri anda terbelenggu dengan masalah ini. Sekiranya anda ingin penjelasan yang lebih lanjut tentang pengurusan kewangan, anda boleh hubungi saya :

Mohammad Ali Admon @ Nik Hazura N Hamat
019-3597600
mylife27681@yahoo.com


06 March 2014

Financial Planning

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya nak share tentang konsep pengurusan kewangan yang patut diamalkan oleh kita semua. Just a simple entry untuk difikir-fikirkan. 

Kita perlu bersedia dari sekarang untuk menghadapi ketidaktentuan ekonomi pada masa akan datang. It's never too late to start planning now.

1. Protection atau perlindungan



2. Savings atau menyimpan


3. Invest atau melabur


4. Spend atau belanja



Hubungi saya sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana untuk menguruskan kewangan anda sekeluarga.


MOHAMMAD ALI ADMON @ NIK HAZURA N HAMAT
019-3597600
mylife27681@yahoo.com

05 March 2014

Pilihlah Pakar yang Terbaik

Assalamualaikum semua.

Saya nak ajukan satu soalan untuk anda semua. Sekiranya anda sakit, hospital mana yang menjadi pilihan anda? Sila fikir dahulu sebelum jawab ye. 

Tapi jawab pada diri sendiri la. Kalau anda tiada jawapan, ambil masa untuk berfikir. Penting ni untuk kesenangan diri anda di kemudian hari.

Sebelum ni, saya pernah terfikir andai saya sakit, pasti saya akan memilih hospital yang berdekatan dengan rumah. Senang kan ahli keluarga nak berulang alik. 

Dengan syarat hospital tu tidak membawa masalah kepada saya dan keluarga la. Kalau nak panggil nurse pun dah sejam, lepas tu kita pula yang kena ajar nurse buat kerja diorang, hmm yang ini memang akan saya berfikir banyak kali juga. 

Tapi kalau dah sakit dan emergency, pasti saya akan memilih hospital yang berdekatan. 

04 March 2014

Cerita tentang kanser lagi

Assalamualaikum semua.




Beberapa minggu yang lepas kita dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang menjadi penghidap kanser payudara termuda di Malaysia. 

Semalam, saya ada pula terbaca tentang kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun menghidap kanser ovari stage 3. Allah! Mereka dan keluarga mereka adalah insan-insan yang terpilih untuk diuji. 

Seperti yang kita tahu, di dalam badan kita memang ada sel-sel kanser. Yang berbezanya ialah sama ada ia aktif atau pun tidak. 

Gaya hidup kita yang banyak terdedah kepada radikal bebas merupakan salah satu penyebab yang menyumbang kepada pengaktifan sel-sel kanser ini. Jadi, amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat untuk mengurangkan risiko terkena kanser. 

Memang qada' dan qadar ditentukan Allah namun kita sebagai hamba-Nya perlu berusaha. 

03 March 2014

i-Medik Plus Rider -nilaitambah untuk i-Medik Rider

i-Medik Plus Rider

Rider Takaful Perubatan dan Kesihatan dengan penolakan unit yang meningkatkan perlindungan perubatan yang ditawarkan oleh  i-Medik Rider untuk membantu anda membuat persediaan bagi menghadapi kos perubatan yang kian meningkat.

Nota: Risalah ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan brosur i-Medik Rider kerana i-Medik PlusRider hanya boleh disertakan jika i-Medik Rider dilampirkan pada pelan asas yang sama.

Disebabkan peningkatan dalam kos perubatan, perlindungan yang mencukupi adalah penting untuk memastikan anda mempunyai akses kepada penjagaan perubatan yang sesuai apabila diperlukan. 

i-Medik Plus Rider  keperluan kesihatan yang bersesuaian dengan kehendak anda dan keluarga anda.

Penambahan kepada Had Bilik dan Penginapan Hospital Anda

i-Medik Plus Rider menawarkan penambahan kepada had Bilik dan Penginapan Hospital bagi i-Medik Rider anda pada akhir setiap 3 tahun sijil, sehingga jumlah kumulatif sebanyak 100% daripada had permulaan Bilik dan Penginapan Hospital bagi i-Medik Rider anda.

02 March 2014

Macam mana nak bayar down payment rumah


Assalamualaikum semua.


Source : Google Image

Kadar inflasi yang tinggi menyebabkan harga rumah pada hari ini melambung sekelip mata. Sekiranya dahulu di kawasan-kawasan yang kurang membangun, harga sebuah rumah teres 2 tingkat masih boleh diperolehi di bawah harga RM200,000. 

Tetapi, perkara itu tidak mungkin akan berlaku pada hari ini. Apatah lagi sekiranya anda ingin membeli rumah di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, Penang dan Johor Bahru. 

Kalau tak cecah RM400,000 ke atas, orang kata jangan mimpilah. Kadang-kadang tu, nilai yang dinilai oleh bank pun rendah je, tetapi disebabkan permintaan yang tinggi, harga rumah jadi tinggi.

01 March 2014

Antara bapa, ibu dan anak, siapa yang paling memerlukan perlindungan?


Assalamualaikum semua.



Source : Dreamstime.com

Hari ini saya mahu berkongsi dengan konsep financial planning dalam sebuah keluarga bahagia.

Menjadi trend hari ini, sekiranya ada anak yang baru lahir, si ibu atau bapa pasti ada memikirkan untuk mendapatkan medical card untuk anak tersebut. Tahniah saya ucapkan kepada ibu bapa yang mempunyai kesedaran tentang betapa pentingnya medical card tersebut. 

28 February 2014

Car Assistance Program by Medical Card Great Eastern Takaful

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak share tentang satu lagi faedah MEDICAL CARD dari Great Eastern Takaful iaitu CAR ASSISTANCE PROGRAMME.

Source : Google Image

Di samping manfaat perlindungan diri dan medical card, anda turut layak memperoleh manfaat bantuan kecemasan sekiranya kereta anda rosak di tepi jalan. 

Kecemasan ini bermaksud sekiranya kereta anda breakdown atau pun sekiranya anda terlibat dengan kemalangan.

Di antara manfaat yang anda boleh dapat ialah:

1. 24 Hours Emergency Towing and Roadside Repairs
2. Car Replacement Assistance
3. Arrangement of Hotel Accommodation
4. Referral to Service Center

Kos maksimum yang diberikan kepada anda adalah sehingga RM300 tidak termasuk pembelian alat gantian. 

Sekiranya kereta anda rosak dan anda berada di dalam radius yang dilindungi, anda hanya perlu menghubungi nombor telefon yang dinyatakan di dalam sticker yang akan diberikan bersama-sama dengan policy anda. 


Sekiranya anda imgin mendapatkan penjelasan lanjut, anda boleh hubungi saya:

Mohammad Ali Admon @ Nik hazura N Hamat
019-3597600
mylife27681@yahoo.com

27 February 2014

Simpanan untuk tunaikan haji


Assalamualaikum semua.


Anda sudah mendaftar untuk menunaikan haji? Untuk makluman anda semua, sesiapa yang mendaftar pada hari ini, turn anda untuk menunaikan rukun Islam yang kelima tersebut adalah pada tahun 2065. 

Sekiranya anda berusia 25 tahun sekarang, maknanya anda dapat menunaikan haji pada usia 76 tahun. Hmmm. Sekiranya anda berusia 30 tahun pada hari ini, maka turn anda ialah ketika anda berusia 81 tahun. 

Ya Allah, sihatkanlah tubuh badan kami dan panjangkanlah usia kami Ya Allah.

Saya selalu berfikir, andai kata saya mempunyai wang yang mencukupi di kala saya masih muda dan sihat, pasti saya akan pergi untuk tunaikan kewajipan tersebut. Tetapi mampukah saya untuk menunggu sebegitu lama?

26 February 2014

Medical Card - I-Medik Rider

Assalamualaikum,

Hari ini saya hendak berkongsi maklumat tentang medical card Great Eastern Takaful. Medical card atau kad perubatan ini disertakan di bawah pelan i-Medik Rider iaitu rider yang boleh diattach dengan pelan asas. 

I-Medik Rider ialah rider perubatan dan kesihatan komprehensif yang melindungi kesihatan anda dengan perlindungan yang meluas bagi manfaat kemasukan ke hospital, pembedahan, rawatan pesakit luar dan banyak lagi. 

Jika anda sudah mengambil perlindungan takaful dengan mana-mana pengendali takaful, adakah anda tahu coverage dan juga limit untuk medical card anda? Adakah anda benar-benar faham dengan apa yang boleh medical card anda lakukan untuk anda?


Melindungi anda bagi perbelanjaan perubatan yang mahal

Anda boleh menikmati had tahunan dan seumur hidup yang tinggi, ia bergantung kepada pelan yang anda pilih, tuntutan perubatan boleh dibayar balik  dalam satu jumlah sekaligus sehingga had tahunan sebanyak RM200,000 dan had seumur hidup sebanyak RM2 juta.

Jika anda pernah melawat ke hospital kerajaan, mungkin anda perasan terlalu ramai pesakit di dalamnya. Kadang-kadang urusan untuk melakukan pembedahan memerlukan kos yang tinggi dan terpaksa mengikut giliran yang boleh berlarutan sehingga setahun lamanya.

Dengan medical card, semua urusan ini dipendekkan kerana ia adalah jaminan pembayaran kepada semua kos-kos pembedahan dan rawatan di hospital.

25 February 2014

Coretan Pengalaman

Assalamualaikum,


Kenapa kita  kalau di ajak masuk takaful..akan mencebik kan muka..akan lari kalau di dekati..akan bagi seribu macam alasan untuk tak nak masuk..

Bangsa lain..walau kaya mana sekalipun..mereka tetap akan suruh insuran bayarkan bil hospital mereka..betul tak..?? mereka, mempunyai insuran hospital or perlindungan diri yang banyak dari berbagai syarikat insuran..boleh pilih yang mana satu nak pakai kalau mereka di wadkan..

kita mungkin..mempunyai banyak kad kredit sampai tak tau nak pilih yang mana satu untuk nak kumpul hutang bertimbun...

24 February 2014

Great Eastern Takaful Panel Hospital

Assalamualaikum,

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda yang ingin mengetahui senarai penuh Panel Hospital untuk Great Eastern Takaful. 
Latest updated pada 25 Jun 2013.


KEDAH & PULAU PINANG



PERAK & SELANGOR



WILAYAH PERSEKUTUAN, NEGERI SEMBILAN & MELAKA 

23 February 2014

I-Great Iqra (Perubatan dan Pendidikan Anak Anda)

Merancang hari ini untuk Esok


Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk memastikan kehidupan anak kita terjamin di masa akan datang, dan cara sebaiknya adalah dengan menyediakan ilmu pengetahuan yang sewajarnya. 

Asas yang stabil dan kukuh amat diperlukan oleh anak-anak kita untuk mengorak langkah melalui perjalanan hidup ini.


Kepentingan pendidikan juga telah ditekankan oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., Rasullullah S.A.W telah bersabda : “Menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib ke atas setiap orang Islam.”


Sentiasa bersikap berhati-hati dan bersedia untuk masa hadapan mulai sekarang. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk menyediakan pelantar untuk anak-anak ke arah kerjaya yang disegani. 

Realisasikan impian mereka dengan I-Great Iqra’. Berjimat dari sekarang dan saksikan dana pendidikan anak anda berkembang dengan peruntukan pelaburan yang meningkat dan pada masa yang sama dapatkan perlindungan dari perkara yang tidak diduga.

21 February 2014

Claim for Critical Illness in Jan-Sept 2013

 Assalamualaikum,

Tahukah anda yang Great Eastern telah membayar jumah tuntutan yang besar untuk Januari - September 2013 sebanyak RM504.9 juta? dan tuntutan untuk penyakit kritikal atau critical illness sahaja adalah sebanyak 22.6 peratus daripada jumlah keseluruhan tuntutan. 



Cuba anda perhatikan untuk diagnosis penyakit kritikal di atas, penyakit kanser berada dalam kedudukan yang paling atas berbanding penyakit kritikal lain mengatasi heart attack dan juga serious coronary artery disease.