19 October 2013

Mengapa saya perlukan MEDICAL CARD?

Salam to all.

Dah lama nak tulis pasal medical card and takaful ni tp x tertulis. Almaklumlah topik ni agak berat utk didigest kan. Dan saya sebagai penulis perlu menghuraikan dengan sebaik mungkin supaya tujuan dan maksud itu sampai kepada readers. (Heh kena pergi bengkel penulisan la mcm ni).


Source : www.cartoonstock.com

 Berbalik kepada tajuk entry kali ini, "mengapa anda perlu ada medical card", kalau nak cerita mmg sampai pagi esok pun x abis. serius! Pernah dengar " ambil medical card ketika sihat"? Agak2 nya apa yg anda faham tentang kenyataan ini? Mmg direct kan ayat tu, ambil medical card ketika saya sihat. Kenapa? Sbb kalau dah ada history penyakit, mmg susah nak dapatkan medical card. Silap2 mmg x dapat langsung. Sebab medical card ni digunakan untuk cover kos2 di hospital termasuk bil2 rawatan perubatan, bilik, kos lawatan doktor pakar dan segala macam kos di hospital. Kita pun tahu kan, kos rawatan perubatan semakin meningkat. Kalau mmg kita dah ada masalah kesihatan, sudah tentu pihak pengendali takaful tidak mahu menerima kita sebagai salah seorg peserta kan. Ye la..high risk kan. 

So bila kita perlu ambil medical card? Ambil la semasa kita masih muda dan tidak berpenyakit. Reason? Waktu muda, risiko nak berpenyakit tu kurang, maka caruman atau sumbangan tu pun tidak la terlalu tinggi compare dengan org yg berusia kan. Contoh saya sendiri. Enam tahun lepas, saya dah ambil medical card ni. Saya bayar RM100 je sebulan. Tapi disebabkan saya ni kurang ilmu tentang kepentingan medical card dan takaful, saya terminate medical card tersebut. Setahun yg lepas, atas kesedaran dan tunjuk ajar kawan saya, saya nak ambil medical card semula dgn syarikat pengendali takaful yg sama. Anda tahu brp byk caruman yg perlu saya bayar utk dapatkan perlindungan yg sama mcm 6 thn lps? Saya bayar RM200 sebulan tau. Jauh beza tu. Tp sesal kemudian tak berguna. Better late than never. 

So bagi adik2 yg baru mula keje tu, sila la ambil medical card awal2. Tak rugi pun sebenarnya. Cuba imagine, andai kata anda tiba2 dapat penyakit jantung, kena buat operation, mana nak korek duit 45K (kalau sebyk itu la, kalau lebih?). Bila kita sakit, sudah tentu family pun bimbang kan. Family kita la pulak yg akan bersusah payah nak cari duit sebanyak tu. Sanggupkah mereka melihat anda sengsara? Tentu lah tak kan. Kalau family yg berada, 45K tu petik jari je, tp bagi kita org kebanyakan ni, mungkin terpaksa jual rumah. Itu pun kalau ada rumah. Saving kita selama 5 thn kerja agak2 sebanyak itu x? Dah la sakit, tambah sakit pulak bila fikirkan mana nak dapat duit sebanyak itu. Tapi kalau anda ada MEDICAL CARD, 45K itu akan dibayar bagi pihak anda. 

Banyak cerita yg kita dengar kan pasal kutipan kilat utk membantu pesakit2 kritikal yg memerlukan wang yg byk utk rawatan segera. Ada di antara mereka, duit terkumpul tetapi nyawa x dapat diselamatkan sebab lewat. Memang ajal maut di tangan Tuhan tp x salahkan kalau kita berusaha? Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Walau apa pun, qada' dan qadar ditentukan oleh Allah. Kita hanya berusaha.


Dah panjang rupanya karangan PMR saya ni. Ok la, kalau anda nak tau lebih lanjut pasal medical card ni boleh isi form dekat contact me tu ye. Kalau saya boleh bantu anda, saya akan bantu. Dan segala pertolongan itu hanya dari Allah. Bye and Assalamualaikum.

12 October 2013

Takaful

Salam to all.

Hari ni nak share dengan anda semua pasal takaful. Masih ramai di luar sana yg tidak memahami tentang perbezaan takaful dan insurans konvensional. 

Walaupun ada insurans konvensional yg melakukan pelaburan menggunakan dana yg berasaskan islam (cth dana sejati, gemilang), tp secara keseluruhannya konsep insurans dan takaful adalah jauh berbeza. Jika diselidiki, terdapat unsur2 perjudian dan ketidakpastian dalam konsep insurans konvensional yg telah ditapis dalam takaful. Yg paling jelas, terdapat pelbagai hidden charges dalam konsep insurans konvensional.

Takaful yg berasal daripada perkataan kafala iaitu suatu kontrak di antara peserta kepada tabungan takaful dan syarikat pengendali takaful untuk menguruskan tabungan takaful secara berhemah dan memberikan faedah takaful kepada peserta2 yang kurang bernasib baik. Dalam konsep takaful, ia mempunyai aqad tabarru' iaitu berasaskan kontrak derma yg tidak bergantung kepada syarat2 jual beli seperti mencarum suatu jumlah tertentu dan menunggu wang pampasan sekiranya berlaku perkara2 seperti kematian, sakit atau pun hilang upaya. Takaful lebih kepada konsep tolong menolong di mana peserta2 takaful membayar sejumlah wang sebagai derma kepada peserta2 yg berada di dalam kesusahan. 







Peserta takaful akan menyumbang sejumlah wang di mana mereka juga perlu membayar yuran pengurusan kepada syarikat pengendali tabung takaful tersebut beserta dengan pelaburan yg berlandaskan shariah. Sekiranya terdapat lebihan atau pulangan dari tabung takaful, ianya akan dibahagikan semula kepada peserta takaful setelah ditolak dengan kos pengurusan. Di Malaysia, setiap pengendali takaful mempunyai jawatankuasa shariah masing2 yg akan memberi garis panduan dalam pengurusan takaful dan dipantau oleh jawatankuasa shariah Bank Negara. Setiap tahun, pengendali takaful perlu menghantar satu laporan lengkap kepada Bank Negara dan sekiranya ia tidak menepati syarat, lesen pengendali takaful tersebut boleh di tarik balik.

Sebagai umat Islam, kita perlu bijak memilih apa yg diharuskan untuk kita dan menjauhi segala yg haram. Sebelum membuat keputusan, sila pastikan info yang diterima menepati syariat Islam. Kita sebagai pengguna berhak membuat pilihan dan berhati-hatilah dalam membuat keputusan. 





Untuk bacaan lanjut, boleh rujuka kepada blog Ustaz Zaharuddin. Beliau ada menerangkan perbezaan di antara insurans konvensional dan takaful. Semoga boleh membantu anda di dalam membuat pilihan.

Nota kaki : Boleh refer DI SINI untuk keterangan lanjut.