12 October 2013

Takaful

Salam to all.

Hari ni nak share dengan anda semua pasal takaful. Masih ramai di luar sana yg tidak memahami tentang perbezaan takaful dan insurans konvensional. 

Walaupun ada insurans konvensional yg melakukan pelaburan menggunakan dana yg berasaskan islam (cth dana sejati, gemilang), tp secara keseluruhannya konsep insurans dan takaful adalah jauh berbeza. Jika diselidiki, terdapat unsur2 perjudian dan ketidakpastian dalam konsep insurans konvensional yg telah ditapis dalam takaful. Yg paling jelas, terdapat pelbagai hidden charges dalam konsep insurans konvensional.

Takaful yg berasal daripada perkataan kafala iaitu suatu kontrak di antara peserta kepada tabungan takaful dan syarikat pengendali takaful untuk menguruskan tabungan takaful secara berhemah dan memberikan faedah takaful kepada peserta2 yang kurang bernasib baik. Dalam konsep takaful, ia mempunyai aqad tabarru' iaitu berasaskan kontrak derma yg tidak bergantung kepada syarat2 jual beli seperti mencarum suatu jumlah tertentu dan menunggu wang pampasan sekiranya berlaku perkara2 seperti kematian, sakit atau pun hilang upaya. Takaful lebih kepada konsep tolong menolong di mana peserta2 takaful membayar sejumlah wang sebagai derma kepada peserta2 yg berada di dalam kesusahan. 







Peserta takaful akan menyumbang sejumlah wang di mana mereka juga perlu membayar yuran pengurusan kepada syarikat pengendali tabung takaful tersebut beserta dengan pelaburan yg berlandaskan shariah. Sekiranya terdapat lebihan atau pulangan dari tabung takaful, ianya akan dibahagikan semula kepada peserta takaful setelah ditolak dengan kos pengurusan. Di Malaysia, setiap pengendali takaful mempunyai jawatankuasa shariah masing2 yg akan memberi garis panduan dalam pengurusan takaful dan dipantau oleh jawatankuasa shariah Bank Negara. Setiap tahun, pengendali takaful perlu menghantar satu laporan lengkap kepada Bank Negara dan sekiranya ia tidak menepati syarat, lesen pengendali takaful tersebut boleh di tarik balik.

Sebagai umat Islam, kita perlu bijak memilih apa yg diharuskan untuk kita dan menjauhi segala yg haram. Sebelum membuat keputusan, sila pastikan info yang diterima menepati syariat Islam. Kita sebagai pengguna berhak membuat pilihan dan berhati-hatilah dalam membuat keputusan. 





Untuk bacaan lanjut, boleh rujuka kepada blog Ustaz Zaharuddin. Beliau ada menerangkan perbezaan di antara insurans konvensional dan takaful. Semoga boleh membantu anda di dalam membuat pilihan.

Nota kaki : Boleh refer DI SINI untuk keterangan lanjut.


No comments:

Post a Comment