Perlindungan RM 1 Juta
![]() |
credit to google |
Perlindungan asas sebanyak RM 1,000,000
Assalamualaikum, adakah kita berada di dalam golongan yang
mahu perlindungan kematian dan hilang upaya penuh untuk RM 1 juta ? Pelan ini
amat berguna kepada mereka yang mempunyai banyak aset. Contohnya, mereka yang
mempunyai rumah atau hutang sehingga bernilai RM1 Juta atau lebih. Dengan
adanya perlindungan sebanyak ini, keluarga kita dapat menjelaskan segala hutang
yang masih belum diselesaikan selepas ketiadaan kita. Jika kita mempunyai beberapa kriteria seperti
di bawah, kita mestilah mempunyai pelan takaful sebanyak RM1 juta.
Apa dia ?
1) Senaraikan pinjaman kenderaan kita yang berjumlah
RM200,000,
Maka liabiliti adalah RM200,000
2) Senaraikan jumlah pinjaman perumahan kita dan pastikan
jika ia tidak mempunyai perlindungan MRTA. Jika rumah kita telah diberi
perlindungan, ia boleh juga di ambil kira dalam hal ini. Katakan kita mempunyai sebuah rumah yang nilainya sebanyak RM500,000.
Maka liabiliti kita berjumlah =RM500,000
3) Katakan pendapatan bulanan kita adalah sebanyak RM10,000
maka sekiranya kita ingin keluarga mempunyai masa selama 2 tahun untuk merancang kembali maka kita perlu tinggalkan RM10,000 x 12 bulan x 2
tahun pendapatan .
= RM 240,000 (wang sekiranya berlaku kematian dan hilang upaya
penuh pada kita)
4) Andaikan kita juga menggunakan kad kredit dan juga pinjaman peribadi iaitu liabiliti
= RM 60,000
Jadi, jumlah liabiliti yang kita tinggalkan sekiranya berlaku
kematian dan hilang upaya penuh
= Point 1 + Point 2 + Point 3 + Point 4
= RM 1,000,000
= RM 1,000,000
Terdapat juga segelintir dermawan kaya di mana mereka
mengambil pelan ini untuk menyediakan saham akhirat untuk mereka di mana mereka
mahukan khairat kematian sehingga RM1 Juta ini diberikan kepada badan-badan
amal yang telah diwariskan selepas ketiadaan mereka.
Semua di atas adalah salah satu contoh untuk kita merancang
masa depan kita. Dengan polisi RM 1 juta ini, sedikit sebanyak ia dapat
membantu waris kita meneruskan kehidupan mereka dengan terancang.
Jika mahu keterangan lanjut sila hubungi saya di mana saya hanyalah
membantu dan andalah yang menentukan.
Mohammad Ali Admon @ Nik Hazura N.Hamat
0193597600
mylife27681@yahoo.com
No comments:
Post a Comment