26 February 2014

Medical Card - I-Medik Rider

Assalamualaikum,

Hari ini saya hendak berkongsi maklumat tentang medical card Great Eastern Takaful. Medical card atau kad perubatan ini disertakan di bawah pelan i-Medik Rider iaitu rider yang boleh diattach dengan pelan asas. 

I-Medik Rider ialah rider perubatan dan kesihatan komprehensif yang melindungi kesihatan anda dengan perlindungan yang meluas bagi manfaat kemasukan ke hospital, pembedahan, rawatan pesakit luar dan banyak lagi. 

Jika anda sudah mengambil perlindungan takaful dengan mana-mana pengendali takaful, adakah anda tahu coverage dan juga limit untuk medical card anda? Adakah anda benar-benar faham dengan apa yang boleh medical card anda lakukan untuk anda?


Melindungi anda bagi perbelanjaan perubatan yang mahal

Anda boleh menikmati had tahunan dan seumur hidup yang tinggi, ia bergantung kepada pelan yang anda pilih, tuntutan perubatan boleh dibayar balik  dalam satu jumlah sekaligus sehingga had tahunan sebanyak RM200,000 dan had seumur hidup sebanyak RM2 juta.

Jika anda pernah melawat ke hospital kerajaan, mungkin anda perasan terlalu ramai pesakit di dalamnya. Kadang-kadang urusan untuk melakukan pembedahan memerlukan kos yang tinggi dan terpaksa mengikut giliran yang boleh berlarutan sehingga setahun lamanya.

Dengan medical card, semua urusan ini dipendekkan kerana ia adalah jaminan pembayaran kepada semua kos-kos pembedahan dan rawatan di hospital.


Melindungi anda dengan manfaat yang komprehensif

Urusan kemasukan ke panel hospital yang mudah dan perlindungan terhadap pelbagai keadaan perubatan. 

Beberapa manfaat utama termasuk rawatan sebelum dan selepas kemasukan hospital, rawatan kanser pesakit luar, dan rawatan dialisis buah pinggang, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan rawatan kemalangan kecemasan pesakit luar. Ia turut melindungi bayaran pembedahan, bekalan hospital, khidmat ambulans dan banyak lagi.





Dengan Great Eastern Takaful anda boleh memilih bilik penginapan di hospital bermula dengan RM100, RM150, RM200, RM300 dan RM400.

Manfaat bilik ini juga boleh dinaik tambah dengan i-Medik Plus rider.

Contoh manfaat yang diperolehi:
      
     1. I-Medik M200,
  • bilik penginapan di hospital : sehingga RM200
  • Unit Rawatan Rapi, bekalan dan khidmat hospital, bayaran pembedahan, dewan bedah, bayaran untuk pakar bius, lawatan pakar dalam hospital, ujian diagnosis sebelum masuk hospital, rundingan pakar, rawatan pakar selepas masuk hospital
  • pemindahan organ, dialisis buah pinggang pesakit luar, rawatan kanser pesakit luar, rawatan kemalangan pesakit luar
  • Elaun tunai di hospital kerajaan
  • penambahan had tahunan sebanyak RM12,000 setiap 3 tahun jika tiada tuntutan
  • Had tahunan sebanyak RM 120,000
  • Had seumur hidup sebanyak RM1,200,000
  • Manfaat khairat kematian kemalangan RM15,000
  • supreme assist-perlindungan perjalanan di luar negara dan car assistance program
     
      2. I-Medik M100,
  • bilik penginapan di hospital : sehingga RM100
  • Unit Rawatan Rapi, bekalan dan khidmat hospital, bayaran pembedahan, dewan bedah, bayaran untuk pakar bius, lawatan pakar dalam hospital, ujian diagnosis sebelum masuk hospital, rundingan pakar, rawatan pakar selepas masuk hospital
  • pemindahan organ, dialisis buah pinggang pesakit luar, rawatan kanser pesakit luar, rawatan kemalangan pesakit luar
  • Elaun tunai di hospital kerajaan
  • penambahan had tahunan sebanyak RM6,000 setiap 3 tahun jika tiada tuntutan
  • Had tahunan sebanyak RM 60,000
  • Had seumur hidup sebanyak RM600,000
  • Manfaat khairat kematian kemalangan RM10,000
  • supreme assist-perlindungan perjalanan di luar negara dan car assistance program

Inilah keistimewanya medical card yang ada pada Great Eastern Takaful. Dengan bayaran bulanan yang serendah RM100, kita boleh dilindungi dengan medical card yang mempunyai had limit yang tinggi.

Sekurang-kurangnya kita tidak mengharapkan simpati orang lain jika masuk wad kerana kos perubatan yang tinggi contohnya seperti rajah di bawah :





Mungkin untuk anda simpanan RM100 pada hari ini adalah amat besar dan membebankan kerana anda ada banyak komitment lain, percayalah yang anda akan rasa betapa kecil nilai RM100 itu jika sesuatu yang tidak diingin mengunjungi anda

Lebih-lebih lagi kos yang diperlukan mencecah beratus-ratus ribu untuk rawatan.

Jika anda rasa penerangan dalam entry ini tidak memuaskan hati anda, ayuh jangan malu dan jangan segan..

Hubungi saya dengan segera untuk khidmat nasihat dan juga berkongsi ilmu yang ada pada saya...

Juga boleh baca entry saya Mengapa saya perlukan medical card? dan juga entry 
Pilihlah pelan perlindungan yang terbaik

Wasalam,

Mohammad Ali Admon @ Nik Hazura N Hamat
Perunding Takaful Great Eastern
0193597600
mylife27681@yahoo.com









No comments:

Post a Comment