Assalamualaikum,
Tahukah anda yang Great Eastern telah membayar jumah tuntutan yang besar untuk Januari - September 2013 sebanyak RM504.9 juta? dan tuntutan untuk penyakit kritikal atau critical illness sahaja adalah sebanyak 22.6 peratus daripada jumlah keseluruhan tuntutan.
Cuba anda perhatikan untuk diagnosis penyakit kritikal di atas, penyakit kanser berada dalam kedudukan yang paling atas berbanding penyakit kritikal lain mengatasi heart attack dan juga serious coronary artery disease.
Tuntutan untuk penyakit kanser ini amat tinggi sehinggakan melebihi 50 peratus dan ini menunjukkan yang kehidupan kita pada masa ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kanser ini,
Untuk peringkat umur pula, golongan berumur 50-59 tahun paling banyak di diagnos mendapat penyakit kritikal sebanyak 34.6 peratus diikuti oleh golongan berusia 40-49 tahun sebanyak 32.7 peratus. Data ini menunjukkan penyakit kritikal meningkat seiring dengan peningkatan umur seseorang.
Cuba anda lihat statistik tuntutan kematian, penyakit kanser juga menduduki ranking yang paling atas mengatasi tuntutan yang lain.
Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada diri kita esok dan masa depan. Entry ini bukanlah untuk menakut-nakutkan dan ianya adalah panduan supaya kita lebih berwaspada dan juga merancang apa yang perlu untuk menjamin kesinambungan hidup kita di masa hadapan.
Ingat, rancanglah pelan takaful dan kewangan kita supaya waris tidak terbeban di masa depan.Jika anda pelindung keluarga, rancanglah dengan bijak. Jangan jadi seperti cerita saya ini "Takaful untuk Perlindungan Keluarga: Breadwinner".
Fikirkan dan jangan sampai terlambat kerana pihak takaful tidak akan mengambil risiko sekiranya kita memohon untuk takaful setelah kita di diagnosis dengan penyakit-penyakit kritikal . Apa itu 36 penyakit kritikal? Cuba baca entry saya disini.
Wasalam
No comments:
Post a Comment