05 February 2014

I-GREAT DAMAI (PERLINDUNGAN+PELABURAN)

Assalamualaikum...


Nak recap konsep takaful :

KONSEP TAKAFUL-Takaful merupakan konsep saling bantu membantu berdasarkan prinsip perpaduan, kerjasama dan tanggungjawab. Peserta membuat caruman berdasarkan Tabarru’ (sumbangan) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain semasa kesusahan.


Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang salah satu pelan takaful yang amat popular dimasa ini. Di antara pelan-pelan yang terdapat dalam Great Eastern Takaful ini adalah

  • I-Great Damai
  • I-Great Abadi
  • I-Great Amal
  • I-Great Iqra'
  • I-Great Idaman
  • I-Great Teras
  • I-Medik Rider
  • I-Early Payout Critical Care Rider


Oklah, pelan I-Great Damai menawarkan kombinasi perlindungan Takaful dan pelaburan, yang melindungi keluarga anda daripada masalah kewangan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Total dan Kekal (TPD). Dengan serendah RM100 sebulan, anda boleh menikmati perlindungan dan pada masa yang sama peruntukan pelaburan anda akan meningkat seiring dengan masa. 


Tidak kira sama ada anda mempunyai waris berusia 30 hari, pelan ini akan melindungi anda sehinggalah berumur 99 tahun! Antara faedah-faedah asas yang bakal dinikmati melalui pelan i-Great Damai ialah ; -

  • Wang Simpanan Apabila Sijil Matang
  • Manfaat Hilang Upaya Kekal
  • Manfaat Kematian
  • Khairat Kematian


Anda juga boleh memilih untuk menambah perlindungan dengan menambah manfaat penyakit kritikal, manfaat kemalangan, manfaat kemasukan hospital dan banyak lagi. Beberapa rider yang boleh ditambah pada i-Great Damai adalah: 

  •  i-Medik Rider-   Melindungi kesihatan dan keperluan perubatan anda dengan perlindungan perubatan komprehensif seperti rawatan sebelum dan selepas kemasukan hospital, perbelanjaan pembedahan dan rawatan pesakit luar.
  •  i-Critical Illness Benefit Rider-  Sekiranya anda menghidapi satu daripada 36 penyakit kritikal, jumlah perlindungan bagi rider ini akan dibayar. Nota: Pembayaran tuntutan ke atas rider ini akan mengurangkan jumlah perlindungan pelan asas.
  •  i-Provider Plus Rider- Semua caruman masa depan yang perlu dibayar di bawah sijil akan dibayar dari Dana Tabarru’ sekiranya berlaku penyakit kritikal atau hilang upaya. 
  •  i-Hospitalisation Benefits Rider-  Sekiranya anda perlu diwadkan di hospital akibat sakit atau kecederaan kemalangan, anda akan menikmati manfaat tunai harian bagi setiap hari kemasukan  di wad normal, atau dua kali ganda manfaat tunai harian bagi kemasukan ke Unit Rawatan Rapi.



Setiap orang mempunyai risiko dan keperluan pelaburan yang berbeza. Dengan i-Great Damai, anda boleh memilih daripada rangkaian dana yang diuruskan secara profesional dan menentukan kombinasi terbaik untuk anda. Jika anda mengubah fikiran, anda mempunyai fleksibiliti untuk menukar pilihan dana.
Dana yang dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap, contohnya bon kerajaan dan korporat (kadar dari 40% hingga 95%) dengan baki dilaburkan dalam tunai dan sekuriti tunai lain. Dana ini bertujuan untuk memberi pulangan yang konsisten dengan tahap mudah ubah yang rendah. Dana i-Makmur hanya dilaburkan dalam sekuriti yang diluluskan Syariah.
Dana di mana 80% sehingga 100% daripada pelaburan adalah dalam ekuiti di mana pasaran ekuiti mungkin mudah ubah dalam jangka pendek. Dana ini berupaya mencapai apresiasi modal jangka pertengahan hingga jangka panjang. Walaupun dana dilaburkan terutamanya di Malaysia (80% - 100%), sebahagiannya boleh dilaburkan di Singapura (sehingga 25%) dan Hong Kong (sehingga 25%), sekiranya dan apabila diperlukan, untuk memperbaiki pulangan dana. Dana i-Mekar hanya dilaburkan dalam sekuriti yang diluluskan Syariah. 
Dana yang dilaburkan dalam campuran ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang. Terdapat fleksibiliti dalam peruntukan aset memandangkan dana ini boleh dilaburkan hanya dalam sekuriti pendapatan tetap atau ekuiti. Dana ini bertujuan untuk menyediakan kenaikan nilai modal jangka pertengahan hingga jangka panjang, dengan tahap mudah ubah yang sederhana. Dana i-Majmuk hanya dilaburkan dalam sekuriti yang diluluskan Syariah.


Lawati entry Panel syariah Great Eastern Takaful. untuk melihat dan mengetahui lebih lanjut tentang mereka.

No comments:

Post a Comment