15 February 2014

Derita Kanser kerana Stress

sumber Mingguan Wanita

Kesian, saya baca artikel di atas, sudahlah beliau stress dengan macam2 dugaan hidup, tetiba disebabkan stress itulah, beliau menderita kanser.
Marilah kita mengetahui serba sedikit mengapa stress boleh mengakibatkan kanser:

Stres dan anxiety adalah salah satu penyebab kanser. Stres adalah tekanan emosi apabila kita di dalam keadaan tertekan dari segi emosi, mental atau fizikal. Dalam hidup, kita tidak boleh lari daripada stres. 

Kita dikelilingi pelbagai jenis stres seperti kerja, keluarga, persekitaran, kesesakan jalan-raya, anak-anak akan mengambil peperiksaan, suami curang dan sebagainya.

Anxiety pula ialah perasaan bimbang, runsing, risau, takut dan memikirkan perkara-perkara negatif. Jadi stres dan anxiety yang berterusan boleh mendorong kepada seseorang itu untuk senang untuk mendapat penyakit kanser.

Bila kita stres atau mempunyai anxiety yang tinggi, metabolism kita akan dengan sendirinya meningkat dan degupan jantung akan menjadi lebih laju daripada biasa. Bila ini berlaku, dengan sendirinya tubuh akan mengeluarkan lebih banyak karbon dioksida dalam darah. 

Karbon dioksida adalah berasid dan ini akan membuat tubuh kita lebih berasid. Sel kanser akan cepat membiak dalam persekitaran tubuh berasid.

Apa yang mustahak ialah kita mesti tahu bagaimana untuk mengawal dan mengurus stres. Banyak kaedah moden yang kita tahu untuk mengawal stres tapi kaedah dalam Islam sungguh mudah. 

Lakukan solat, berzikir, baca al-Quran dan berdoa pada Allah. Insya-Allah ini adalah terapi mengawal stres paling berkesan.

Segala musibah yang Allah turunkan ada hikmahnya. Kita kena bersabar atas segala ujian yang Allah beri. Sebab Allah sayang kepada kita sebab itulah dia menguji kita. Sekiranya kita sabar dan lulus ujian Allah, mungkin Dia akan naikkan darjat kita di akhirat nanti.




No comments:

Post a Comment