06 February 2014

kisah benar tentang medical card

Assalamualaikum semua.

Hari ni saya nak bercerita tentang kisah benar yang diceritakan kepada saya. Entah macam mana, bila seorang pakcik yang berusia 55 tahun berkongsi dengan saya kisahnya apabila mengetahui bahawa saya adalah seorang takaful consultant. Dia memang menyuruh saya untuk menyampaikan kisah ini kepada orang lain dan mengambil iktibar darinya. Saya namakan pakcik ni sebagai Pakcik A.

Pakcik A pernah mengambil medical card untuk dirinya beberapa tahun yang lalu. Rasa-rasanya memang dah lama jugak la. Isteri Pakcik A juga ada mengambil medical card dan isterinya juga turut mengambil medical card untuk anaknya yang masih bersekolah. Pakcik A merupakan seorang pekerja swasta manakala isterinya adalah kakitangan kerajaan. Setelah sekian lama mencarum bulan-bulan, Pakcik A merasakan carumannya itu tidak membawa apa-apa faedah kepadanya lantas mengambil keputusan untuk menamatkan pelan medical card tersebut. Memandangkan juga, company tempat Pakcik A bekerja turut menyediakan faedah kesihatan yang komprehensif. Tetapi isteri Pakcik A terus mencarum untuk mendapatkan faedah daripada medical card tersebut. Ye la kita tak tahu apa yang bakal terjadi kan.

Allah menduga mereka sekeluarga apabila isteri Pakcik A telah disahkan menghidap kanser stage 3. Sehingga satu tahap, Pakcik A kebingungan memikirkan bagaimana untuk merawat penyakit tersebut. Isteri Pakcik A semakin hari semakin lemah. Keluar masuk hospital jangan ceritalah. Semua cara dan nasihat yang diperolehi dari kawan-kawan dan saudara mara telah dituruti. Namun masih belum mampu untuk mengubati penyakit ISTERI Pakcik A. Allah mengasihani keluarga mereka, ada yang mencadangkan supaya membawa isteri Pakcik A ke HUKM kerana mereka kata di sana ramai pakar.

Kes isteri Pakcik A dirujuk kepada seorang doktor pakar. Doktor tersebut mengatakan bahawa isteri Pakcik A perlu dibedah. Tetapi perlu queue. Paling cepat 3 bulan ataupun mungkin perlu menunggu 6 bulan. Pakcik A buntu kerana keadaan isterinya makin lemah. Tetapi lagi sekali Allah membantu keluarga ini, doktor tersebut bertanya, "Ada medical card?" Syukur Alhamdulillah, isteri Pakcik A ada medical card. Terus dapat FAST TRACK. Hanya kerana ada medical card.

Isteri Pakcik A dimasukkan ke dalam ward, dan 2 hari selepas itu doktor menjalankan pembedahan ke atas isteri Pakcik A. Ianya dijalankan dalam masa kurang seminggu. Malah isteri Pakcik A dibawa ke sebuah hospital lain yang lebih berprestij untuk dirawat menggunakan high end equipment.

Walaupun company Pakcik A menyediakan medical card, tetapi ianya bukan satu jaminan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Tetapi medical card kepunyaan isteri Pakcik A menjadi tiket kepadanya untuk mendapatkan rawatan segera. Itu semua qada' dan qadar yang ditentukan Allah. Tetapi kita perlu berusaha.

Itulah yang diceritakan oleh Pakcik A kepada saya. Dan dia berasa menyesal kerana telah menamatkan medical cardnya dahulu. Nak ambil sekarang, Pakcik A telah pun mempunyai penyakit yang tidak membenarkan dia untuk mendapatkan medical card. Tetapi Pakcik A telah sedar bahawa medical card itu adalah suatu keperluan.

Sepotong ayat yang saya ingat dari kata-kata Pakcik A, "Kita mencarum dan menyimpan sekarang untuk keperluan di masa hadapan yang kita tak tahu bagaimana."

Benarlah, medical card itu bukan digunakan pada ketika kita sihat, tetapi amat perlu ketika kita sakit. Mencarumlah pada waktu kita sihat sebagai simpanan pada waktu kita sakit.

No comments:

Post a Comment