12 April 2011

Persediaan Kewangan Sebelum Berkahwin: Part 1

Kahwin! Adalah satu perkataan yang boleh dikatakan keramat dan amat luar biasa. 
Kadang-kadang apabila anda balik ke kampung atau pergi rumah saudara anda, mesti ada mulut-mulut yang bertanya bila anda hendak berkahwin? Kalau sekali dua tak apa, tapi kalau berkali-kali mesti naik rimas dibuatnya.Semua orang mesti pernah pasang angan-angan untuk berkahwin kan? Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, yang sedang belajar, apatah lagi yang sudah bekerja, pasti pernah mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang gah. Kalau boleh biarlah majlis perkahwinan itu boleh diceritakan kepada anak cucu anda. Sedar tak sedar, zaman beredar dengan pantas sekali. Belum lagi mengambil kira putaran bumi yang semakin cepat akibat bencana alam. Adakah anda perasan dengan perubahan ini? Adakah anda sudah lali dengan perubahan ini? Tapi apa kaitan dengan perkahwinan?!


Zaman bertambah moden, sudah tentu kos kehidupan pun semakin meningkat. Lagi-lagi kepada insan yang duduk di bandar-bandar besar yang semestinya kos sara hidupnya amat tinggi lagi. Ini termasuklah kos-kos yang melibatkan perkahwinan. Duit hantaran untuk si perempuan, kos untuk sewa dewan yang besar, kos untuk beli barang hantaran, pakej persandingan dan pelamin, fotografi dan ditambah pula dengan cenderahati untuk tetamu yang hadir. Sekali fikir, RM20k pun tidak mencukupi. Boleh ke anda mengumpul RM20k dalam sehari?? Mungkin ada sebahagian daripada anda merasa ini amat mustahil untuk dibuat. Jadi, di sini saya cuba untuk berkongsi tip-tip persediaan sebelum berkahwin terutamanya kepada bakal pengantin lelaki. Ingat ye, bakal pengantin lelaki mempunyai tanggungjawab yang berat dan hendaklah berpikir kehadapan supaya anda lebih bersedia untuk bekahwin!!


1. Mula menyimpan duit gaji anda.


Anda harus menyimpan duit dari sekarang. Katakan anda mula bekerja pada umur 24 tahun dengan gaji permulaan sebanyak RM2000 dan anda merancang untuk berkahwin pada umur 28 tahun. Sekiranya kenaikan gaji anda pada setiap tahun adalah 5% dan anda memperuntukkan sebanyak 10% sebagai wang simpanan. Ketika anda berumur 28 tahun, anda sudah berjaya mempunyai wang simpanan sebanyak RM13262. Dan sekiranya anda mula menyimpan wang tersebut di dalam ASB, wang simpanan anda sudah mencecah RM15k pada umur 28 tahun. Jadi jangan berfikir lagi, mulalah menabung untuk masa hadapan anda. Anda masih belum terlambat!


2. Gunakan duit BONUS anda dengan bijak


Pastikan anda memperuntukkan sebahagian daripada bonus anda ke dalam tabung simpanan anda. Sekiranya setiap tahun, anda memperoleh duit bonus sebanyak RM1000, dan anda telah memperuntukkan sebanyak 50% wang tersebut ke dalam tabung simpanan, dalam masa 4 tahun, anda telah mengumpul sebanyak RM2000. Bertambah lagi duit tabungan anda kan.


3. Rancang perbelanjaan harian anda


Mulalah merancang dan mengurus perbelanjaan kewangan anda. Sediakan belanjawan dan anda pasti tidak menyesal. Melalui belanjawan, anda mampu mengenalpasti tabiat belanja anda. Mungkin duit gaji anda banyak dihabiskan kepada makanan atau kereta. Anda mungkin telah membeli aksesori kereta setiap bulan, dan melalui helaian belanjawan anda, mungkin anda dapat mengurangkan pembelian aksesori kereta. Atau mungkin anda dapat mengurangkan tabiat anda yang suka makan di tempat-tempat yang mahal. Percayalah, sekiranya anda dapat mengenalpasti tabiat belanja anda, anda mungkin akan lebih beringat untuk berjimat. Ayuh, buka excel sheet sekarang dan mulalah track perbelanjaan anda hari ini. Mungkin tanpa sedar anda telah terlebih belanja melebihi pendapatan yang diterima?

No comments:

Post a Comment