
Last2 aku plan nak masak spageti bolognes.. ini adalah percubaan aku yang kedua untuk memasak spageti nih.. (gambar adalah percubaan yang pertama). Ramuan dan bahan2 semua dah ada, cuma cara aku memasak mungkin berlainan sedikit dengan isteriku. tapi, x pe la..oleh kerana perut dah mula menjerit2..aku mulakanlah memasak. Alhamdulillah..setelah hampir 45 minit di dapur.. masakan aku pun siap..aku pun x sangka rasa masakan aku ala2 masakan isteriku..mungkin aku terpengaruh dengan cara masakan dia. So, dengan senang hati..aku lunch dengan spageti bolognes bertemankan astro citra.. siapa lagi la nak temankan ye. Oleh kerana sos spageti tu aku terbuat banyak, aku simpan utk makan petang pulak.. memang lapar beb time petang2 nih. Lepas kenyang, aku pun ingat nak membasuh pinggan yang x terbasuh2 tu..Last2 aku pun basuh la baju sekali..fuhh..penat beb.. Cuba la kita bayangkan kalau isteri kita memasak, membasuh, seorang diri..tentu penat beb. So..kalau kita ada kelapangan, ringan2kan tangan untuk membantu mereka di dapur. sekurang2nya kita meringankan beban mereka dan makanan akan cepat disediakan. hehehe.
Petang sabtu aku amat membosankan.. untuk keluar berwindows shopping pun x larat. Dah la sekarang ni kat luar cuaca sangat panas. Walaupun boring, aku tetap melayan mataku untuk melihat cerita lama lakonan AR Badul, Yahya sulong dan Ibahim Pendek iaitu DA DI DU. Memang cerita2 ni aku suka tonton, cerita2 retro la katakan. Bagi aku cerita2 ini adalah nostalgia aku sewaktu zaman kanak2 dulu. Kemudian, kawan2ku ada sms aku untuk makan bersama mereka pada waktu malam. Aku sangat teruja kerana mereka ingin makan steambot beramai2.

Baru aku teringat yang pagi ahad ini aku ingin bermain tennis dengan kawanku. Selepas itu kami menjamu selera di Restoran Amir di Seksyen 8 pada pukul 9.30 pagi. Makanan favourite aku semasa di restoran ini adalah nasi lemak telur beserta sambal. Memang best dan mantap.
Dalam pukul 10.30 pagi..aku dan rakan pergi melihat seorang rakanku memasuki pertandingan memancing GP Selangor 2011 di Tasik Cempaka Bangi. Aku lihat disekeliling tasik telah dikerumuni oleh kaki-kaki pancing yang ingin merebut kejuaraan untuk tahun ini. Tapi bagi aku, aku x sanggup tunggu lama2 menghadap tasik di waktu panas terik ini. So..dalam setengah jam kemudian kami balik la ke rumah..
Walaupun hari ahad ini belum sampai ke penghujungnya.. aku rasa aku perlu berehat di rumah untuk menenangkan fikiran dan juga bersantai. Kita tunggu episod seterusnya... n
No comments:
Post a Comment