07 April 2011

Sekadar Coretan

fuhh..penatnya..kekadang aku rasa kerja sekarang nih amat memeningkan. amatlah penat. tapi apa yang aku terdaya sekarang nih..hanyalah berdoa2..dan terus berdoa.. Ya Allah Kau permudahkanlah urusan aku di dunia dan di akhirat.. sebagai seorang pekerja walau penat dan pening sekalipun tugasan kita yang kita hadapi, aku harus bekerja dengan ikhlas..even gaji aku lagi kecil dari kawan-kawan, aku kena bersyukur yang aku mempunyai kerja yang perlu untuk menampung penghidupan aku. kadang-kadang aku rasa simpati kepada insan yang tidak dapat bekerja, yang tidak mampu bekerja. apa yang dia orang akan buat yer?? persoalan ini selalu bermain di minda aku. apalah yang akan jadi kepada aku sekiranya benda-benda ini berlaku kepada aku suatu hari nanti yer? memang betul kata-kata dari mak aku..hidup ini sentiasalah beringat, dan jangan asyik bersuka ria meghabiskan duit simpanan. banyak-banyakkanlah menyimpan setiap bulan hatta RM10. dengan ini di suatu hari nanti dapat membantu semasa kita memerlukan...
benda-benda yang mak aku cakap ni memang berguna di waktu sekarang, kerana sekarang kos kehidupan amatlah tinggi. nak pergi makan kat kedai pun boleh habis dalam RM10 untuk sekali makan jer. sangat berbeza sewaktu aku kecil dahulu.. oleh kerana itu..aku kena lebih berusaha untuk memajukan diri sendiri dan tidak terlalu bergantung pada kerja yang aku buat sekarang ini.. hmm.. berpikir...berpikir... apa yang aku nak buat yer??..

No comments:

Post a Comment