10 April 2011

Tax oh Tax!!!

Hmm..malam ni saya terasa sunyi sepi jer kat area blok saya. mungkin esok dah Isnin kot, biasalah kalau esok dah isnin, maksudnya esok orang dah mula kerja dan bebudak dah mula sekolah setelah bercuti sabtu dan ahad. mungkin anda sedang menggosok kemeja yang x berapa kedut tuh atau anda sedang menonton konsert mentor tuh. tapi bagi saya, sekarang ini adalah masa untuk saya mengisi borang e-filing. borang cukai ni mesti kena isi dengan lengkap dan maklumat mestilah benar. kalau tidak, takut2 nanti LHDN datang investigate kita..kan dah susah tu. saya rasa banyak jer cara untuk kita mengurangkan cukai nih..saya ingat nak berkongsi benda2 nih dengan anda dan harap2  ni dapat disesuaikan dengan kadar cukai yang anda kena bayar.


1. bnykkn amk insurans.ade pelepasan tapi utk insurans nyawa, pelajaran dan perubatan jer. PA insurans x  boleh
2. anda kena kahwin..lepas tu wat ank ramai2. n ade pelepasan :))

3. bagi yang dah kahwin, better declare cukai ni berasingan. ini kerana pelepasan rebat akan lebih banyak untuk individu berbanding combine.
4. bayarlah zakat.bukan sbb dia ditolak lepas pengiraan cukai kena bayar jer, anda juga mendapat pahala yang byk.

5. belilah buku atau majalah byk2... resit tu boleh kurangkan teks... tapi ebook tak pasti pulak
6.  sapa2 yang suka bersukan, belilah barang2 sukan seperti bola tenis, bulu tangkis. barang seperti kasut sukan atau raket tidak boleh diambil kira
7.  potongan kwsp kalau lebih banyak lagi bagus..
8.  anda kena sambung belajar lagi..yuran belajar boleh ditolak dari cukai
9.  kepada anda yang mampu menjaga ibubapa yang uzur, bil perubatan dia orang bolehla anda masukkan dalam pelepasan cukai
10. buat la amal atau charity contribution kalau rasa ada duit lebih
11. beli komputer peribadi (boleh claim 3 tahun sekali)
12. internet broadband terhad sampai RM500 setahun utk (2010,2011,2012)
13. beli lah saham dan melabur dalam REIT
14. beli lah rumah...Faedah pinjaman perumahan (mesti memenuhi syarat-syarat kelayakan)

ni jer kot yang saya tahu.mungkin anda di sana lebih mengetahui dan juga lebih arif tentang pelepasan cukai ini. untuk saya, cukuplah dengan tip-tips di atas kerana saya rasa saya boleh claim balik cukai yang kena potong tiap2 bulan tuh.. lagi satu.. pastikan cukai yang dipotong oleh majikan anda adalah tepat dan tidak melebih-lebih. ini kerana ia mungkin akan membebankan anda untuk bulan tersebut. saya tahu yang anda boleh claim balik cukai tersebut sewaktu menghantar e-filing..tapi at least kita alert dan tahu berapa banyak cukai yang sepatutnya dipotong. semoga dengan idea dan ilmu yang saya kongsi ini dapat membuat kita lebih berdiplin dan juga mengambil berat tentang pendapatan dan cukai yang dikenakan terhadap kita.


1 comment: