Sudah sekian lama aku menyepi daripada dunia blog ni. Rasa dalam hampir setahun jugak lah. Tapi tak apa. Aku rasa dengan teraktifnya blog ini, ia akan memberi aku peluang untuk mencoretkan segala info dan pengetahuan yang akan aku lalui. Sambil aku menaip, mataku juga sempat menoleh seketika drama yang bermain di kaca tv. Tajuknya adalah Hatiku Di Kinabalu. Aku rasa cerita ni adalah cerita bersiri, tapi aku x pernah terlintas untuk melihatnya sebelum ini. So far, ok la cerita dia, tapi biasalah cerita melayu, confirm ada cerita yang sedih dan bermain emosi. Tadi, aku pun sempat melayan cerita ADAM dan HAWA kat Astro Mustika HD. Best betul kisah cerita dia. Insya Allah, kena tunggu episod yang baru baru aku akan lihat drama ni. Hmm, macam x banyak idea pulak malam ni, tapi tak apa, ini cuma permulaan bagi aku. Moga-moga selepas ini akan ada lebih banyak idea-idea yang dapat aku lontarkan dalam blog aku ini.
Selamat malam. :)
No comments:
Post a Comment