22 April 2013

Persiapan untuk First Baby

Alhamdulillah..sekarang isteri saya mengandung lapan bulan. Tak sabar rasanya untuk kami menunggu sebulan lebih lagi. Ye la kan, cahaya mata pertama kami. Tu yang excited lebih ni..Haha.

Saya ni memang la malas nak update pasal pregnancy ni dari trimester pertama hinggalah trimester terakhir ni..Tapi x pe la..saya just nak share persiapan yang kami berdua buat untuk baby pertama kami ni. saya tak sangka perbelanjaan untuk baby ni amat2 lah tinggi, lebih-lebih lagi untuk baby yang pertama ni. yang saya ingat, dah berapa banyak ekspo dan warehouse sale kami redah dan yang terakhir adalah Pureen warehouse sale yang berakhir semalam (20Apr -21Apr13). Antara warehouse sale yang kami pergi, pureen warehouse sale je yang terlalu ramai orang sampaikan nak beli baju baby pun berebut-rebut. tapi memang berbaloi-baloi. kebanyakkan orang dah jadi selfish time tu. Baju-baju baby yang RM3, habis dikaut tanpa segan dan silu. Macam ni kan warehouse sale, saya tak sanggup nak bersesak2 dengan kakak-kakak dan makcik-makcik ni, kesian pulak saya lihat pada parents yang bawa baby kecil, baby confirm menangis kerana kepanasan. Oleh kerana saya x sanggup bersesak, saya dan isteri, pergilah tanya-tanya pada kakak-kakak yang tengah sort and pilih-pilih baju, mana tau ada baju yang dia orang dah reject. ini kerana, baju-baju yang dia orang kaut tu, kebanyakkannya adalah pattern yang sama. confirmlah dia orang x akan cari pattern yang sama. last2 banyak je baju-baju yang tersadai dalam beg Ikea tu. kaunter pembayaran ada dibahagian hadapan dan dibahagian belakang, iaitu di bahagian baju. tak sangka dibahagian hadapan terlalu ramai yang beratur dan kami mengambil decision untuk pergi ke kaunter di belakang. Alhamdulillah, tak ramai orang yang beratur di kaunter belakang.Ha, tau x berapa total damage kita orang untuk warehouse sale ni..RM5xx, saya dan isteri terkejut tapi berpuas hati dengan perbelanjaan yang kami keluarkan kerana harga barang-barang yang totally murah berbanding di luar. Saya difahamkan, pureen warehouse sale ni akan diadakan 3x setahun. so, selepas ini, susah sikit kot nak pergi kerana dah ada baby. hehe.

walaupun dah pergi pada hari pertama, isteri saya bersungguh-sungguh mengajak saya pergi lagi pada hari terakhir warehouse sale ni. pada mulanya, saya tak sanggup nak pergi, last-last saya bertukar fikiran dan kami cubalah pergi ke sana, tapi mungkin dah lewat la..kerana kami sampai dalam pukul 5.30pm. dia orang tutup dalam pukul 6.00pm, tapi kami cuba redah dan orang dah tak ramai. tapi yang saya x berpuas hati, staff-staff pureen dah start packing balik barang-barang untuk di masukkan dalam stor. dan akhirnya dapat la juga barang-barang yang isteri saya perlukan even tak semua. hehe. total damage untuk last minute shopping adalah RM70. tapi still berpuas hati kerana item2 tu untuk topup barang-barang baby yang kat rumah tu. gambar kat bawah adalah untuk hari yang pertama, tapi untuk hari yang terakhir malas dah nak upload.



Pureen Warehouse sale 1

Pureen Warehouse sale 2



Stroller Halford and Fisher Price Rocker from SOGO
beli kat midvalley mother expo
another barang baby
antara baju yang dah basuh


1 comment:

  1. layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com

    hamper barangan bayi pada harga berpatutan..utk diri sendiri @hadiahkan kpd kenalan..

    maaf tumpang iklan

    (alat senaman utk kempiskan perut pun ada dijual)

    ReplyDelete