Salam. Hari ni belek2 la paper harian metro. Biasalah, muka depan ada 3 big story, pasal rompakan, warga emas disorok bunian dan kehebatan si buta. Tapi yang paling menarik perhatian aku adalah kisah kehebatan si buta iaitu Pak Awang. Seperti yang kita sedia maklum, apabila seseorang dilahirkan tanpa penglihatan, alangkah susahnya penderitaan yang ditanggungnya. Nak pergi ke sana ke sini, tanpa arah tuju. Sedangkan kita yang mempunyai penglihatan pun kadang-kadang tersesat. Ini kan pula mereka.
Alhamdulillah, Pak Awang ni
walaupun buta, akan tetapi hati nya tidak dibutakan, malahan beliau telah
berkahwin dua dan juga dapat mengubati penyakit orang lain dengan menggunakan
ayat2 suci Al Quran. Lebih mengagumkan apabila warga emas itu mampu mengingati
laluan ke lokasi pernah dituju sebelum ini.Kelebihan dimilikinya itu
menakjubkan ramai rakannya terutama apabila menghantarnya ke sesuatu lokasi
seolah-olah dia nampak jalan walaupun buta. Cuba la kita renung2kan perkara
ini. Allah Taala Maha Adil kepada hambanya..Apabila kita mengingatiNya,
sesungguhnya Dia sentiasa berada membantu kepda hambanya.
Bagi orang-orang yang
sempurna fizikalnya, ingatlah, sesungguhnya apa yang kita ada pada hari ini
adalah untuk sementara sahaja. Semua ini adalah pinjaman daripada Allah Taala.
Hendaklah kita bersyukur dan tidak meninggi diri. Jika hendak mencari harta
didunia, carilah sepuas-puasnya, akan tetapi beringatlah dan beribadat
sesungguh-sungguhnya kerana esok lusa, belum tentu kita dapat menikmati lagi
dunia ini. Wasalam
No comments:
Post a Comment