17 February 2014

Takaful untuk Perlindungan Keluarga : Suami Isteri

Assalamualaikum semua.

Entry kali ini saya sambung entry Takaful untuk Perlindungan Keluarga : Breadwinner. Kalau dalam entry sebelum ini saya bercerita tentang ketua keluarga, hari ini saya ingin bercerita tentang perlindungan untuk suami isteri pula.

Seperti yang kita tahu, pada hari ini ramai para isteri yang bekerja untuk membantu si suami dalam meringankan bebanan hidup.

Mungkin duit si suami digunakan untuk membayar ansuran rumah, kereta, bil-bil dan perbelanjaan harian, manakala duit gaji si isteri digunakan untuk membayar persekolahan anak-anak, top up apa-apa yang tidak cukup, dan perbelanjaan untuk keselesaan keluarga.


Google Image

Bagi mereka yang berada di dalam golongan berpendapatan sederhana, mana mungkin hanya si suami yang mampu membayar ansuran rumah yang besar dan selesa serta kereta yang comfort dan besar tanpa bantuan isteri tercinta.

Kalau tanya para isteri di luar sana, ramai yang mengatakan tidak boleh berhenti kerja atas alasan desakan kos kehidupan yang tinggi kala ini. Memang itulah realiti hidup.

Google Image

Di atas keperluan inilah, kita perlu tahu bahawa perlindungan untuk suami isteri itu adalah penting. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada salah seorang sama ada suami atau isteri, maka pincanglah kewangan keluarga bukan?

Beban yang dikongsi bersama sebelum ini akan terasa berat untuk dipikul oleh pasangan anda sekiranya satu punca pendapatan telah hilang.


Gambar hiasan (Google Image)

Bagi mereka yang berkemampuan, rancanglah kewangan anda. Masih belum terlewat untuk anda memikirkan tentang masa depan anda. 

Anda boleh hubungi saya untuk penerangan lanjut.

Mohammad Ali Admon @ Nik Hazura N Hamat
Perunding Takaful Anda
019-3597600

No comments:

Post a Comment