• Penyakit kritikal – Pelan ini memberi manfaat sekali
pembayaran sekiranya anda didiagnosis menghidap salah satu daripada
penyakit-penyakit kritikal yang dinyatakan di atas
Pengendali takaful boleh menawarkan pelan-pelan takaful
tersebut secara individu atau gabungan. Anda perlu berhati-hati apabila memilih
pelan yang memenuhi kehendak anda dengan memahami ciri-ciri, syarat-syarat,
manfaat-manfaat, had-had, dan pengecualian sesuatu pelan takaful.
Apabila berlaku salah
satu daripada 36 Penyakit Kritikal * kepada Orang Yang Dilindungi, Pengendali
Takaful akan membayar keseluruhan jumlah yang dilindungi dari Dana Tabarru kecuali Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain untuk Penyakit Arteri Koronari
Utama dimana tuntutan pembayaran adalah
tertakluk kepada maksimum RM25,000 setiap hayat atau 10% daripada jumlah rider
yang dilindungi, yang mana lebih rendah..
Semasa tuntutan di bawah rider ini, Jumlah
Perlindungan pelan asas akan dikurangkan sewajarnya. Walaubagaimanapun setelah
tuntutan rider ini, jika jumlah perlindungan asas adalah sama dengan sifar,
sijil ini akan ditamatkan.
Jika suatu tuntutan yang sah berlaku
sebelum umur 5 tahun hari lahir berikutnya, lien kanak-kanak akan digunakan.
Tempoh perlindungan: 98 tahun atau sehingga penamatan,
mana yang berlaku dahulu.
+++++++++++++++++++++++++++++
Minimum/Maximum Sum Covered
Minimum : RM 10,000
Maximum :
Basic Sum Covered or RM 1,000,000 (per person covered), whichever is lower,
subject to underwriting
+++++++++++++++++++++++++++++
Rider ini
boleh dimasukkan kepada pelan takaful asas seperti I-Great Damai pada bila-bila
masa pelan berkuatkuasa.
Apakah terma dan syarat utama yang saya
perlu ketahui?
- Kepentingan untuk membuat pendedahan
- anda mestilah mendedahkan semua fakta material seperti keadaan perubatan dan menyatakan umur anda dengan betul.
- Tempoh rujukan percuma - anda boleh
membatalkan rider dalam tempoh 15 hari selepas penghantaran dokumen sijil anda.
- Tabarru’ yang telah ditolak akan
dikreditkan semula ke dalam Akaun Unit Peserta (“PUA”).
- Tempoh menunggu – kelayakan untuk
perlindungan penyakit kritikal hanya akan bermula 30 hari atau 60 hari
(bergantung kepada jenis penyakit kritikal) selepas
tarikh berkuatkuasa atau tarikh penguatkuasaan semula rider ini, mana yang kemudian.
No comments:
Post a Comment