Assalamualaikum semua.
Pelan perlindungan takaful dibeli untuk melindungi diri kita dan keluarga supaya kita tidak berada di dalam kesempitan wang sekiranya berlaku kejadian yang tidak diduga seperti hilang nyawa, hilang upaya atau ditimpa penyakit berbahaya.
Seharusnya sebelum anda membeli pelan perlindungan ini, anda perlu mendapatkan maklumat sebanyak mungkin mengenai produk yang terdapat di pasaran sebelum anda membuat keputusan.
Anda juga perlu tahu matlamat utama anda mendapatkan pelan perlindungan tersebut.Anda perlu memastikan pelan perlindungan yang diambil menepati keperluan gaya hidup anda.

Kebiasaanya saya akan bertanya kepada bakal pelanggan saya apa matlamat mereka membeli pelan perlindungan takaful supaya saya boleh memahami dan mencadangkan pelan yang terbaik untuk mereka di samping kadar premium yang mampu mereka bayar.
Ini adalah penting untuk anda sebagai pelanggan kerana ini adalah untuk perlindungan anda bukan untuk diri saya. Komisyen saya tidak penting tetapi manfaat yang bakal anda peroleh kelak, itulah yang perlu saya fikirkan.

Saya akan huraikan beberapa contoh untuk anda fahamkan. Sebagai contoh, jika anda perlukan jumlah perlindungan untuk menggantikan pendapatan anda (atau income replacement), maka saya akan berikan jumlah perlindungan asas yang tinggi untuk anda sehingga dua atau 3 kali gaji tahunan anda.
Sekiranya gaji tahunan anda ialah RM50k setahun, maka anda memerlukan jumlah perlindungan asas sekurang-kurangnya melebihi RM100,000 yang boleh menampung perbelanjaan anda selama 2 tahun.
Di mana dengan jumlah tersebut anda atau waris anda boleh mengatur semula kewangan anda dan keluarga sekiranya anda ditimpa hilang upaya atau hilang nyawa. Bayangkan sekiranya anda hanya memperoleh jumlah perlindungan asas yang sedikit seperti RM30,000, anda fikir duit sebanyak itu mampu bertahan lama?

Contoh yang kedua ialah debt cancellation atau bahasa kita bayar hutang. Ini biasanya digunakan untuk menjelaskan hutang rumah. Tetapi ianya juga boleh digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang yang lain yang terpaksa dikongsi oleh ahli keluarga anda sekiranya berlaku musibah kepada diri anda yang menyebabkan hilang punca pendapatan.
Sekali lagi, jumlah perlindungan asas yang tinggi diperlukan untuk tujuan ini. Anda perlu memastikan jumlah wang yang diperlukan oleh keluarga mencukupi untuk meneruskan kehidupan dan menjelaskan hutang yang ditinggalkan sekiranya berlaku kematian.

Contoh yang ketiga ialah pelan medical card. Secara peribadi, anda memerlukan had limit tahunan dan seumur hidup yang tinggi untuk menampung kenaikan kos dan bil perubatan pada hari ini.
Kos rawatan kanser mungkin memerlukan hampir RM100,000 setahun. Saya bagi contoh, seorang kenalan saya yang dirawat di sebuah private hospital di Damansara perlu membayar hampir RM16,000 untuk penginapan 5 hari akibat patah tangan. Bilik untuk 2 orang berharga RM169 sehari.

Anda perlu pastikan manfaat yang diterima berpatutan. Pelan yang diberi kepada anda memenuhi gaya hidup anda. Oleh itu, dapatkan seberapa banyak info daripada pengendali takaful yang berlainan dan pilihlah yang terbaik untuk diri anda. Itulah biasanya yang saya amalkan.
Saya suggestkan pelan perlindungan yang saya boleh berikan kepada pelanggan saya, dan saya berikan dia pilihan untuk mencari pelan perlindungan daripada syarikat pengendali takaful yang lain untuk beliau pilih yang terbaik.
Bukan nak kata apa, tetapi mereka akan kembali kepada saya setelah mendapati pelan yang saya tawarkan memenuhi keperluan mereka. Malah ada juga pelanggan-pelanggan saya yang telah memiliki pelan perlindungan dari operator lain memilih pelan perlindungan yang saya tawarkan atas alasan pelan yang lebih baik dengan perlindungan yang tinggi.

Anda berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut? Anda boleh hubungi saya untuk berkongsi maklumat.
Mohammad Ali Admon @ Nik Hazura N Hamat
019-3597600
mylife27681@yahoo.com
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment